Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

3 Muka Baharu Dilantik...

JOHOR BAHRU - Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor yang baharu...

Azraai Khor Tekad Pulih...

JURULATIH baharu Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah berazam untuk mengembalikan semula prestasi pasukan...

Pusat Pemindahan Tutup, Banjir...

KUANTAN - Dua pusat pemindahan sementara mangsa banjir yang dibuka bagi menempatkan 30...

Belum Sedia Kahwin, Tasha...

DALAM usianya menjangkau 31 tahun, pelakon penuh kontroversi Tasha Shilla dilihat tidak lagi...

Penduduk Kampung Bonggor Bimbang Hakisan Di Sungai Ketil

BALING – Lebih 100 penduduk Kampung Masjid Lama, Bonggor, Batu 48 yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini bimbang dengan hakisan serius di tebing sungai akibat banjir baru-baru ini.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Dewan Undangan Negeri Kuala Ketil, Al-Fatah Ramli berkata hakisan itu semakin serius dan sekiranya banjir kembali melanda, jalan raya di kawasan itu dikhuatiri akan terputus.

Pihaknya telah membuat laporan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Baling, katanya kepada Bernama .

Sementara itu, jurutera JPS Baling Mohd Daud Hamid berkata pihaknya telah mengarahkan jurutera pergi memeriksa dan menyiasat laporan tentang hakisan sepanjang hampir 40 kaki dan tebing runtuh sedalam 20 kaki itu.


Katanya tindakan segera akan diambil supaya keselamatan orang ramai terjamin dan tidak membahayakan pengguna di jalan raya tersebut.

Dalam kejadian banjir baru-baru ini, sebuah keluarga di Kampung Banggol Derum hilang tempat tinggal selepas sebahagian rumahnya dihanyutkan arus deras sungai, selain mengakibatkan kawasan tebing sungai berhampiran rumahnya terhakis.

Keluarga mangsa, Nur Ismaiza Ismail, 41, diarahkan berpindah oleh anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ke Keda Bonggol Petai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori