Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Zuraidah Nafi Kongres Tidak...

SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan kehadiran perwakilannya pada persidangan...

Rusia Hantar Peluru Berpandu...

RUSIA akan hantar lebih banyak sistem peluru berpandu permukaan ke udara canggih, S-400,...

Nabila Cari Lelaki Nakal...

SHAH ALAM - Penyanyi, Nabila Razali, membuat pengakuan sedang mencari lelaki yang berperwatakan...

AADK Tahan 28 Lelaki...

SANDAKAN - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan 28 lelaki yang disyaki penagih dadah...

Serangan Jejaskan Paris, Ramai Pelancong Batal Tiket

PARIS – Syarikat penerbangan meneruskan laluan ke Paris semalam (14 Nov) tetapi serangan ganas di ibu negara Perancis menyebabkan ramai pelancong teragak-agak untuk meneruskan perjalanan ke sana.

Serangan itu turut memberi kesan besar kepada pelancongan apabila ramai pelancong bertindak membatalkan lawatan ke Paris.

Air France yang terikat dengan syarikat penerbangan Paris telah dipindahkan ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam selepas pihak berkuasa menerima tweet mengancam.

Manakala di Lapangan Terbang London Gatwick, terminal ditutup selama beberapa jam selepas seorang lelaki berusia 41 tahun dari Perancis, dilihat membuang sesuatu yang kelihatan seperti pistol sehingga pihak berkuasa terpaksa memanggil pakar bahan letupan.


Sesetengah rakyat Amerika turut membatalkan perjalanan mereka selepas menonton liputan tentang keganasan di jalan-jalan di Paris.

Joe Nardozzi, pelabur bank New York  berusia 31 tahun berkata, dia dan isteri tidak akan meneruskan trip sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang dirancang di sana, akhir bulan ini.

Jika kesan daripada kes keganasan ini berlarutan untuk jangka masa panjang, ekonomi pelancongan Paris dipercayai bakal berada di tahap genting. -MYNEWSHUB.CC

http://bit.ly/1OK06qU – WATCH: The Tour Eiffel is closed, the Champs Elysees is lifeless and museums, markets and schools are shuttered. Here’s a look at the mood in Paris in the aftermath of the #ParisAttacks.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori