Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

12 Atendan Parkir Haram...

GEORGE TOWN - Dua belas atendan parkir haram ditahan dalam dua operasi Majlis...

Shah Iskandar Terpaksa Tolak...

PELAKON Shah Iskandar terpaksa menolak untuk menyertai apa-apa majlis sosial termasuklah melepak bersama-sama...

Megat Farril Dapat Ilham...

SERANGAN terhadap sistem pertahanan komputer bukan sahaja boleh melumpuhkan sistem operasi komputer malah boleh mengakibatkan...

Jalan Depan Pusat Kiraan...

PORT DICKSON - Jalan Pantai di depan pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis...

Pengambilan Pelatih PLKN 2.0 Tahun Depan Dibuat Secara Sukarela

SEPANG – Kaedah pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Cemerlang (PLKN) 2.0 pada tahun depan diberi nafas baru dengan pengambilan dibuat secara sukarela, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Sehubungan itu, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi mengenalpasti pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi ditawarkan mengikuti PLKN.

“Pelatih yang berminat boleh menawarkan diri melalui portal dalam talian JLKN ataupun melalui kaunter pameran PLKN di peringkat negeri,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangka seramai 20,000 pelatih dari seluruh negara akan menyertai PLKN 2.0 mulai Mac tahun depan.

Jumlah itu akan melibatkan sebanyak 81 buah kem PLKN, katanya kepada pemberita selepas meninjau perkembangan Projek Perintis Transformasi PLKN 2.0 di Kem PLKN Princess Haliza di sini.

“Manakala dari segi modul latihan kementerian saya telah bersiap-sedia dengan lapan modul baharu bagi melaksanakan PLKN 2.0,” kata beliau.

“Berikutan itu, pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menjalinkan kerjasama dengan 10 kementerian dan telah mengenalpasti sebanyak 400 buah institut latihan kemahiran untuk menempatkan pelatih,” katanya.


Katanya, langkah ini sekaligus mampu membantu pelatih untuk menceburi bidang pekerjaan dan laluan kerjaya setelah tamat latihan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata transformasi yang dilaksanakan melalui modul-modul baharu PLKN ini mampu menyiapkan pelatih berdepan dengan cabaran masa depan.

Menurutnya, modul-modul yang diperkenalkan meliputi aspek kemahiran vokasional.

Projek Perintis Transformasi PLKN 2.0 telah dilakukan di Kem Princess Haliza, Sepang di sini bermula 17 Okt lepas dan akan berakhir pada 15 Dis depan.

Ia melibatkan 469 pelatih yang terdiri daripada 316 lelaki dan 153 perempuan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori