Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Shukri Yahaya Timang Cahaya...

TAHNIAH Mynewshub ucapkan kepada aktor Shukri Yahaya dan isteri, Tya Adnan atas kelahiran...

514 Penjawat Awam Sudah...

SHAH ALAM - Seramai 514 penjawat awam sudah diberi ganjaran berjumlah lebih RM1...

Piala AFC: Annuar Doakan...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa...

Teks Penuh Ucapan PM,...

WAHAI saudaraku rakyat Malaysia yang dihormati,Hampir seminggu negara kita menghadapi kemelut politik yang...

Pengawal Sekolah Ala ‘Taiko’ Peras Ugut Mahu RM10 Pelajar

HARAPKAN pegar, pegar makan padi! Itulah yang berlaku di Sekolah Menengah Haji Taib di Chemor, Ipoh, ini apabila pengawal keselamatan diharap menjaga sekolah membuat onar dengan memeras ugut wang para pelajar.

Lebih parah, dua pelajar yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera termasuk seorang daripadanya retak tulang tangan kiri selepas dibelasah pengawal keselamatan sekolah dan rakannya menggunakan besi.

Kejadian yang bermula sejak 5 November berlaku apabila dua pelajar berkenaan mahu pulang ke rumah setelah selesai menjawab kertas peperiksaan.

Menurut mangsa, Fong Din Joe,17, pengawal itu memeras ugut tidak dibenarkan dia dan rakannnya keluar dari kawasan sekolah sekiranya tidak menyerahkan wang yang diminta.

“Saya ditahan di hadapan pintu pagar dan dipaksa menyerahkan wang RM10, saya tidak cukup duit dan meminta dikurangkan RM5, tapi dia enggan melepaskan saya keluar,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan MCA Perak, di sini, semalam.  


Difahamkan, ini bukanlah kejadian pertama kerana sebelum ini beberapa pelajar turut diperas wang oleh pengawal tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=z_rfOoCeLtY]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori