Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MPM Beri Tumpuan Cegah...

MUAR - Majlis Perbandaran Muar (MPM) akan menumpukan usaha bagi mencegah penularan wabak...

Adenan: Keadaan Kawasan Dilanda...

KUCHING - Keadaan banjir di kawasan yang dilanda banjir di Sarawak adalah di...

Anak Istimewa Sarjan Faridah...

POKOK SENA: Ketika adik-beradiknya meratapi pemergian ibu mereka, Sarjan Faridah Abd Rahman, 39,...

36 Maut, 60 Cedera...

ISTANBUL - 36 orang maut dan sekurang-kurangnya 88 lagi cedera selepas terminal di...

Pengguna ERL Letak Kaki Ala ‘Taiko’ Dikecam Netizen

TINDAKAN seorang pengguna tren laju Express Rail Link (ERL) meletakkan kakinya di kerusi mengundang kritikan netizen di media sosial.

Man Ahmad, individu yang memuat naik gambar itu menjelaskan lelaki terbabit enggan menurunkan kakinya meskipun telah ditegur oleh seorang pramugara yang kebetulan menaiki pengangkutan awam tersebut.

“Dalam ERL just now. Seorang steward duduk belakang aku tegur mamat ini sebab letak kaki atas kerusi. Dia boleh jawab ‘Mind your own business, you can’t do nothing’ (Jangan sibuk hal orang, anda tidak boleh buat apa-apa).

“Menyirap je aku dengar. Aku pusing, snap gambar dia. Dia boleh pula buat bodoh saja. Nasib baik mood aku tengah baik,” tulisnya di pautan gambar.

Netizen mengkritik kebiadaban lelaki itu yang dianggap hanya mementingkan keselesaan sendiri sedangkan tempat duduk itu adalah untuk penumpang lain juga dan bukannya untuk diletakkan kaki dengan kasut yang entahkan bersih atau kotor.


“Kalau saya ada pada masa itu, saya akan duduk di kerusi tempat dia letakkan kaki itu. Nak tengok apa dia cakap. Nak bertumbuk pun bertumbuklah. Mesti ramai yang sokong saya,” kata Hamzi Tam.

“Kalau macam ni punya perangai, tak kira Melayu, Cina atau India memang makanannya kaki kat muka,” komen Qhairul Jeffery. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori