Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Difteria: 8 Individu Dikuarantin...

JOHOR BAHRU, 18 Okt (Bernama) -- Lapan individu dipercayai berhubung dengan kanak-kanak berusia...

Jururawat Rugi RM34,810 Ditipu...

KUANTAN - Seorang jururawat kerugian RM34,810 setelah diperdayakan selama lebih lima bulan dalam...

Shahidan Mahu PERKIM Sentiasa...

KANGAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mahu...

Operasi Cari Warga Emas...

BAGAN DATOH - Usaha mengesan seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas ketika...

Penghuni Kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Tidak Dibenarkan Pulang

BENTONG – Penghuni kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, yang terlibat dalam kejadian banjir lumpur di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Rabu lalu, masih tidak dibenarkan pulang ke rumah ekoran faktor cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Morni Mamat berkata keadaan hujan renyai sekejap-sekejap di kawasan itu dikhuatiri memberi kesan kepada struktur tanah.

“Apabila hujan kami bimbang akan berlaku pergerakan tanah dan itu akan membahayakan keselamatan penghuni kuarters berkenaan.

“Buat masa ini bomba, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perhutanan Negeri dan pakar cerun sedang menyiasat keadaan tanah di sana,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Morni berkata mereka hanya dibenarkan pulang sekiranya keadaan diyakini selamat.

Katanya mereka hanya dibenarkan pulang untuk mengambil barang keperluan sahaja dan diminta kembali ke pusat pemindahan sementara iaitu di Masjid Lentang.

“Mangsa banjir tidak perlu merasa bimbang untuk pergi ke rumah kerana ia diawasi oleh pasukan keselamatan yang ditugaskan memantau pergerakan di sekitar kawasan yang terjejas,” katanya.


Morni berkata pihaknya turut membuat tinjauan di kawasan lain yang terjejas dengan kejadian banjir lumpur itu.

Sebelum ini, kira-kira 25 penghuni kuarters berkenaan diselamatkan selepas terputus hubungan berikutan kejadian banjir lumpur dan kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Masjid Lentang.

Banjir lumpur itu telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang Rabu lalu, menyebabkan sebahagian lebuh raya berkenaan dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui.

Tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan. Hanya tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori