Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Denda RM1 Juta Jika...

KOTA BHARU - Sebanyak 180 buah stesen minyak di negeri ini diberi amaran...

Wan Rosdy, Khaled Nordin,...

KUALA LUMPUR: Setakat pukul 7.30 malam tadi, undian calon Naib Presiden UMNO masih...

Pokok Di KL Diinsurans,...

JAMINAN... Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia memberi pampasan kepada mangsa kejadian pokok...

Israel Bunuh 42 Kanak-kanak...

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa tentera Israel membunuh 42 kanak-kanak Palestin...

Peniaga Vape Ibarat Jual Dadah Secara Terbuka – MCTC

KUALA LUMPUR – Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) kesal kerana ramai pihak di Malaysia termasuk ahli politik sanggup menggadaikan kesihatan orang ramai demi mempertahankan kepentingan peniaga rokok elektronik (e-rokok).

Presidennya, Dr. Molly Cheah berkata, pihak terbabit telah menggadaikan kepentingan moral dan keselamatan kesihatan generasi akan datang dengan mengkritik niat baik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melarang e-rokok.

“Apa juga yang menyedihkan adalah keuntungan dengan menggadaikan kesihatan rakyat. Jika demikian kerajaan mungkin membolehkan perniagaan dadah berbahaya yang lain secara terbuka selepas ini.

“Nikotin seperti dadah berbahaya lain yang dikelaskan di bawah Akta Racun 1952 serta tidak boleh dibekalkan tanpa preskripsi pakar kesihatan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Molly berkata, kemudaratan dan bahaya vape mungkin lebih buruk berbanding rokok tembakau kerana kesan teknologi baharu itu masih belum lagi diketahui sepenuhnya.

Namun yang jelas, katanya, vape mempunyai sifat toksik yang sama nikotin, bahan kimia dengan bahaya tambahan peranti mudah meletup yang boleh menyebabkan kecederaan kepada diri pengguna dan orang lain.


Justeru, beliau membidas alasan kononnya e-rokok membantu perokok menghentikan tabiat merokok walhal pada masa sama vape menarik minat jutaan golongan muda termasuk kanak-kanak berusia 12 tahun.

Pada masa ini terdapat 4.7 juta perokok di Malaysia dan (bakal) bertambah lagi satu juta vapers. Kami ingin menanyakan kerajaan berapa ramai perokok yang melalui vaping sebenarnya berhenti merokok?” soalnya.

Sehubungan itu, katanya, MCTC meminta kerajaan mengeluarkan larangan serta-merta kepada penggunaan e-rokok dan vaping demi masa depan rakyat negara ini. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]AZKTGz6qga8[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • vape

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori