TAHNIAH diucapkan buat penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat selepas isterinya, Leuniey Natasha telah selamat melahirkan anak kedua mereka semalam.
Berita gembira tersebut turut dikongsi menerusi laman Instagramnya yang memaparkan gambar seorang bayi lelaki comel beserta kapsyen “Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3kg,”.
Menerusi kenyataan itu lagi, turut diumumkan bahawa nama anak kedua Khairul Fahmi dan pasangannya adalah Khaleel Emir.
Pasangan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha telah mendirikan rumah tangga pada 28 Disember 2012.
Sebelum ini mereka sudah pun dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Kayla Elayna.
Semoga dengan kelahiran putera lelaki ini boleh mewarisi kehebatan ayahnya yang hebat menjaga gawang di padang. – MYNEWSHUB.CC