Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tingkat Kerjasama Dengan AS...

KUALA LUMPUR – Malaysia berharap untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS)...

Pemutihan Kawasan Aktiviti Dadah...

TAWAU - Pemutihan kawasan berisiko tinggi aktiviti penyalahgunaan dadah memerlukan komitmen semua pihak...

3 Lagi Program ‘Outreach’...

JELI - Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli akan mengadakan tiga lagi program ‘outreach’...

Guan Eng Menteri Tidak...

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng disifatkan sebagai menteri yang tidak bertanggungjawab apabila...

Penjawat Awam Diserang

SINGAPURA- Seorang penjawat awam wanita telah diserang pada 6 Nov oleh seorang lelaki yang ingin mendapatkan bantuan di pejabat perkhidmatan sosial di tempat dia bekerja.

Kementerian Sosial dan Pembangunan Keluarga (MSF) dalam satu kenyataan bertarikh, 18 November bahawa ia telah melaporkan kejadian yang berlaku itu kepada pihak polis. MSF berkata lelaki itu pergi ke pejabat perkhidmatan sosial di Toa Payoh untuk memohon bantuan kewangan.

“Pegawai kami telah diserang apabila dia menemuramah lelaki itu untuk memahami keadaan kewangan yang dialami dengan lebih jelas,” katanya.

“Pejabat itu menghubungi polis dengan segera dan lelaki itu ditangkap”, kata MSF dalam satu kenyataan. MSF berkata, wanita itu menerima rawatan di hospital kerana kecederaan beliau.

MSF menambah bahawa ia “tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk penderaan terhadap pegawainya. Dalam keadaan di mana pegawai-pegawai  dicederakan semasa menjalankan tugas, MSF tidak akan teragak-agak untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan”. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori