Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Chelsea Semakin Hampir Dapat...

 CHELSEA mengumumkan bahawa mereka bersetuju dengan perjanjian bersama Real Madrid untuk melengkapkan perpindahan...

PT Pertamina Mahu Beli...

JAKARTA – Syarikat minyak dan gas Indonesia, PT Pertamina, sedang menilai potensi untuk...

Kejadian Tembak Di Sungai...

GEORGE TOWN - Dendam antara dua kumpulan kongsi gelap dipercayai punca seorang lelaki...

Pelajar IPT Larikan Kanak-Kanak...

PORT DICKSON – Suspek utama yang dipercayai melarikan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun...

Penjawat Awam Tidak Boleh Ambil Mudah Soal Integriti

MELAKA – Penjawat awam sebagai tunjang kerajaan tidak boleh sama sekali mengambil mudah soal integriti bagi memastikan urus tadbir kerajaan dapat dijalankan dengan teratur dan telus, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata kegagalan penjawat awam menerapkan nilai integriti dalam perkhidmatan mereka boleh mendatangkan kesan negatif kepada struktur kerajaan.

“Sebagai anggota kerajaan harus mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan supaya ia tidak menghasilkan satu tanggapan yang negatif terhadap pihak yang terkesan.

“Kerajaan juga mempunyai pendekatan yang sistematik dalam usaha membanteras rasuah dan gejala tidak berintegriti bukan sahaja dalam kalangan anggota kerajaan bahkan swasta,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 166 pemimpin masyarakat India di sini hari ini.


Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap penjawat awam yang terlibat dalam kes salah laku integriti dan akan memberikan ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terperinci mana-mana kes salah laku. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori