Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ustaz Selebriti Perlu Berdisiplin...

MELAKA – Pendakwah bebas atau ‘Ustaz selebriti’ yang menggunakan medium laman sosial dalam...

Kekalkan Kerajaan BN Untuk...

ALOR SETAR - Rakyat perlu mengekalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia ada bagi...

6 Kes Baharu COVID-19,...

KUALA LUMPUR - Enam kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, termasuk satu kes melibatkan Kluster MV Glen di Selangor,...

Jom Pekena Cucur Ikan...

Bagi penulis, cucur ikan bilis ni memang menjadi kegemaran sejak dari kecil sehinggalah...

1MDB: Penjualan Edra Global Tak Beri Kesan Tarif Elektrik

KUALA LUMPUR – Penjualan Edra Global Energy Berhad tidak akan memberi kesan kepada tarif elektrik, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasmy.

Beliau sebaliknya berkata, ini kerana bakal pembeli Edra Global Energy harus mengekalkan tarif seperti yang telah dipersetujui di dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA).

“Tarif itu akan ‘fixed‘ (tetap) untuk sepanjang hayat PPA itu. Jadi sesiapa yang beli, tidak boleh menaikkan tarif,” katanya pada Majlis Penerangan Perdana ‘1MDB-TPPA-Bajet 2016’ di sini, hari ini.

Penjualan Edra Global Energy adalah sebahagian daripada program rasionalisasi 1MDB yang bertujuan untuk mengurangkan hutang syarikat pelaburan strategik kerajaan berkenaan.

Tiga pembida iaitu dua pembida asing dan satu tempatan, telah disenarai pendek untuk menghantar bidaan mereka bagi membeli Edra Global Energy yang bernilai antara RM16 bilion hingga RM18 bilion.

Baca: 1MDB: Siasatan BNM Tiada Kaitan Elemen Jenayah

Mengenai PPA milik 1MDB yang hampir tamat tempoh, beliau berkata hanya satu PPA dengan kapasiti 400 megawatt akan berakhir dalam tempoh terdekat iaitu Januari depan, sementara PPA yang lain masih mempunyai tempoh perjanjian lama.


Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding kapasiti penjanaan keseluruhan oleh Edra Global Energy yang berjumlah 5,550 megawatt.

Sementara itu, Arul Kanda berkata selepas proses rasionalisasi, 1MDB masih mempunyai aset bernilai antara RM10 bilion hingga RM12 bilion termasuk pegangan 100 peratus dalam Tun Razak Echange (TRX).

Aset-aset lain yang kekal dimiliki 1MDB ialah 40 peratus pegangan dalam Bandar Malaysia Sdn. Bhd. bernilai RM4 bilion hingga RM5 bilion, tanah di Ayer Itam, Pulau Pinang (RM1 bilion) dan Pulau Indah, Selangor (RM300 juta). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori