Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bunuh Di Stesen Minyak:...

JOHOR BAHRU - Polis sudah menahan 13 individu setakat ini melibatkan sembilan lelaki...

Fazura Kini Mula Berjinak-jinak...

PENAMPILAN pelakon Gol & Gincu, Nur Fazura mengenakan imej berselendang yang menutupi sebahagian...

KRU Music Jelaskan Isu...

SEBELUM ini terdapat dakwaan mengatakan bahawa bayaran yang diberikan kepada Caliph Buskers selepas...

Sadis..Bakal Pengantin Mati Dalam...

Sesungguhnya kita mampu merancang dan tuhan menentukan segalanya.Tragis dan amat memilukan mengenang kisahƃā€šĆ‚Ā pasangan...

Pensijilan MeSTI Bantu Pengusaha Makanan IKS

BOLEH dikatakan, masih belum ramai pengusaha kilang makanan di Malaysia yang sedar akan kepentingan dan faedah skim pensijilan MeSTI yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hakikatnya skim pensijilan MeSTI yang merupakan singkatan daripada ‘Makanan Selamat Tanggungjawab Industri’ memberikan banyak kelebihan kepada mereka.

Logo-MeSTI

Pensijilan MeSTI adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan 1Malaysia (SK1M) mulai Mac 2013 bagi memudahkan premis pengilangan makanan terutama Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memenuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 iaitu semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan mesti mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan di premis mereka.

MeSTI dengan elemen utamanya merangkumi kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkesanan juga adalah skim pensijilan asas kepada pemilik perniagaan makanan yang ingin memohon pensijilan antarabangsa bagi Food Safety Assurance (HACCP) dan Food Safety Malaysia.

PRODUK MAKANAN DIJAMIN KKM

Timbalan Pengarah Cawangan (Pre-Market Approval) Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Ahmad Nadzri Sulaiman berkata, pensijilan MeSTI amat berguna kepada masyarakat untuk mengenalpasti produk makanan yang berkualiti dan terjamin kebersihannya.

DSC06319
Timbalan Pengarah Cawangan (Pre-Market Approval) Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Ahmad Nadzri Sulaiman.

“Ia dapat memberikan panduan kepada pengguna produk makanan mana yang telah dipantau oleh KKM dan mematuhi perundangan makanan di negara ini.”

Selain itu skim pensijilan MeSTI memberikan pelbagai faedah kepada pengusaha kilang makanan, antaranya mendapat bimbingan dari segi teknikal dan pelabelan daripada KKM selain dibantu menyertai Program Pembangunan Usahawan di bawah SME Corp yang turut menyediakan akses kewangan.

Premis yang mendapat pensijilan MeSTI juga, sekaligus telah memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun, selain mendapat kemudahan bagi memperoleh Sijil Penjualan Bebas tanpa perlu Certificate of Analysis (COA).


Selain dapat meyakinkan pengguna tentang keselamatan makanan menerusi logo yang tertera pada produk keluaran syarikat mereka, pengusaha premis makanan berpeluang meluaskan pasaran perniagaan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), COOP1M dan beberapa pasaraya besar yang mewajibkan pensijilan MeSTI.

Screen Shot 2015-11-11 at 12.41.27 PM

BANTU PERTINGKAT JUALAN

Berdasarkan rekod antara 2012 sehingga 31 Ogos 2015, sebanyak 1970 premis telah pun mendapat pensijilan MeSTI yangƃā€šĆ‚Ā ditawarkan tanpa apa-apa bayaran.

Kebanyakan pengusaha yang memiliki logo MeSTI pada produk, didapati berjaya menambah peratus jualan dan keuntungan apabila ianya dijadikan syarat untuk memasuki pasaran tertentu selain dapat menambah keyakinan pengguna terhadap sesuatu produk.

Skim Pensijilan MeSTI diberikan tempoh sah laku selama 3 tahun sebelum ianya perlu diperbaharui semula. Logonya pula diberikan secara percuma untuk kali pertama.

Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang FoSIM Domestik fosimdomestic.moh.gov.my atau dengan memuat turun borang dari laman fsq.moh.gov.my.

Bagaimanapun bagi mendapatkan kelulusan, pengusaha mestilah berdaftar terlebih dahulu dengan KKM melalui laman sesawang fosimdomestic.moh.gov.my selain berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai lesen atau kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau surat pengesahan dari mana-mana agensi kerajaan.

Bagi pengguna yang mahu memperoleh maklumat berkaitan premis pengilangan makanan yang telah mendapat pensijilan MeSTI pula, bolehlah layari laman sesawangƃā€šĆ‚Ā fsq.moh.gov.my. – MYNEWSHUB.CC

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori