Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Sarawak...

KUCHING - Hujan lebat sekali-sekala di beberapa tempat sekitar sini sepanjang malam tadi...

Baru Bian Terkejut Pejabat...

KUCHING – Anggota Parlimen Selangau, Baru Bian terkejut dan kecewa selepas diberitahu Pejabat...

Hubungi 999 Hanya Kerana...

SEORANG pelanggan sebuah restoran makanan segera di Oxford Road, Manchester City ditahan polis...

Edar 20.5kg Syabu: Sepasang...

KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini...

Perisa Vape Jenama ‘Uncle Maniam’ Tanda Protes KKM

SEBELUM ini, golongan anak muda khususnya pengguna vape telah menggeluarkan video parodi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) yang bertindak melakukan rampasan besar-besaran perisa rokok elektronik vape.

Anak Muda Lawan Balik Arahan KKM Guna Video Parodi

Terbaharu, golongan ini menghasilkan pula perisa baru vape jenama ‘Uncle Maniam’ yang memaparkan wajah mirip Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Gambar yang diambil dari sebuah laman komuniti peminat vape di Facebook itu, sehingga kini giat dikongsikan setelah beberapa jam ia dimuat naik.

Botol cecair perisa berkenaan yang labelnya berwarna hitam, tertera motto ‘Uncle Maniam flava, most special product’ (perisa Pakcik Maniam, produk berperisa khas) dan ‘unknown taste’ (perisa tidak diketahui).

Kewujudan perisa vape ini dipercayai sebagai tanda geram terhadap tindakan KKM yang bagi para peniaga vape adalah keterlaluan kerana tiada garis panduan atau notis dikeluarkan sebelum rampasan dibuat.


Ini menyebabkan mereka yang baru berjinak-jinak menjalankan perniagaan vape yang mana sebahagian besarnya anak muda, mengalami kerugian besar. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ieamyrul Haziq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori