Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Gaza Ibarat Bom Jangka

GENTING GAZA - Penduduk Palestin di kejiranan Rimal di Genting Gaza kini berada...

Agropreneur Muda Disaran Teroka...

MELAKA - Lebih ramai usahawan bidang pertanian atau agropreneur terutamanya daripada kalangan generasi...

PBT Sabah Digesa Tingkat...

KOTA KINABALU - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah digesa meningkatkan kutipan hasil tertunggak...

Tipu Projek Banglo RM6...

KUALA LUMPUR - Kes projek banglo mini kini semakin panas apabila aktor kacak...

Permata ‘Blue Moon’ Catat Rekod Dunia Dilelong RM208j

GENEVA – Permata berbentuk luar biasa 12.03 karat dikenali “Blue Moon” mencatat rekod harga tertinggi dunia AS$48.4 juta (RM208.12 juta) dalam satu lelongan di Geneva hari ini.

Firma lelongan Sotheby berkata, permata yang disifatkan pakar sebagai ‘tiada cacat celanya dan mengusik jiwa’ itu dibeli oleh seorang pengumpul persendirian dari Hong Kong, yang terus memberikan nama baharunya sebagai “The Blue Moon of Josephine”.

Rekod lelongan terbaharu itu dicatat sehari selepas satu lagi firma lelongan pesaing, Christie menjual permata merah jambu 16.08 karat, batu permata terbesar seumpamanya ditampilkan dalam mana-mana lelongan dengan harga AS$28.5 juta (RM122.55 juta).

Pengurus Bahagian Permata Antarabangsa Sotheby, David Bennett, berkata penjualan Blue Moon” memecah beberapa rekod sekali gus menjadikan penghasilan batu permata itu paling termahal dengan keunikan warna dan memperoleh harga tertinggi di mana-mana lelongan permata setakat ini.

Permata yang ditatahkan di sebuah cincin itu menewaskan pemegang rekod dunia iaitu permata “Graff Pink” 24.78 karat, yang juga dilelong oleh Sotheby dengan harga AS$46.2 juta pada November 2010.


Blue Moon ditemui di Afrika Selatan, Januari tahun lalu dan ia adalah batu biru terbesar yang direka bentuk dengan rekaan yang dikategorikan sebagai “fancy vivid”.

Pakar batu permata berkata, permata berwarna semakin digemari dan mendapat perhatian pembeli barangan mewah, terutama permata biru dan merah jambu sepanjang lelongan permata yang diadakan di Geneva, minggu ini. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori