Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Enam Bulan Job Melayang,...

ORANG lain buat salah, orang lain pula yang kena tempias sampai periuk nasi...

Penganggur Didakwa Edar 100.2kg...

Alor Setar : Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini,...

Orang Sabah Akan Tolak...

SEPANGGAR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata...

Ringgit Tinggi Sedikit Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar US pada pembukaan Jumaat...

PKR Turut Tidak Puas Hati Terhadap DAP Selain PAS

KUALA LUMPUR – Isu lima wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang yang berkecuali dalam proses pengundian usul dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini memperlihatkan parti itu turut tidak berpuas hati terhadap DAP selain PAS, kata Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon.

Beliau berkata, tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap kelima-lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR itu jelas menunjukkan keangkuhannya.

“Nampak sangat keretakan di dalam Pakatan Harapan selepas pergaduhan antara DAP dan PAS. Kini PKR juga menunjukkan ketidakpuasan mereka terhadap DAP.

“Sudah jelas di depan mata bagaimana keangkuhan Guan Eng selepas mendapat sokongan padu di Pulau Pinang menjadikan beliau seorang yang tak boleh terima kritikan atau komen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Guan Eng pada Sabtu dilaporkan berkata PKR mesti menilai dengan teliti keputusan lima Adun parti itu yang berkecuali dalam proses pengundian usul dikemukakan pembangkang pada sidang DUN, Jumaat lalu.

Guan Eng berkata berdasarkan pendirian itu, lima wakil rakyat PKR itu disifatkan ‘bersama Umno’.


Jumaat lalu, sidang DUN Pulau Pinang menolak usul Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang mencadangkan supaya semua projek penambakan tanah di laut bagi pembangunan tertakluk kepada perdebatan umum.

Speaker Datuk Law Choo Kiang menolak usul itu selepas 23 anggota dewan menentang, 10 menyokong dan lima berkecuali.

Usul itu juga disokong anggota DAP Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah).

Lima Adun yang berkecuali ialah Ong Chin Wen (PKR-Bukit Tengah), Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk), Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) dan Dr T.Jayabalan (PKR-Batu Uban). – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori