Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Gadaikan Nyawa Demi Pengguna...

JUTAAN terima kasih diucapkan kepada sorang lelaki yang sanggup menggadaikan nyawanya demi untuk...

Warga AS Bocor Kes...

SINGAPURA - Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang membocorkan maklumat lebih 14,000 individu...

Nik Aziz Khuatir DAP...

KUALA LUMPUR - Bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik...

PlayStation 4 Telah Terjual Lebih 30 Juta Unit Seluruh Dunia

SONY PlayStation 4 merupakan konsol paling terkenal dan paling digemari buat penggemar pemain video. 

Dijual sejak lebih kurang dua tahun lepas, pelbagai genre permainan telah dilancarkan untuknya dan kini Sony mengumumkan mereka telah menjual lebih daripada 30 juta unit konsol berkenaan di seluruh dunia.

playstation-4

Sony PlayStation 4 hadir dengan kemaskini bukan sahaja daripada segi sokongan grafik dan pemprosesan yang berkuasa, malah turut menawarkan kebolehan untuk mengubah bentuk konsol mereka dengan aksesori tambahan untuknya.

Ia ketika diperkenalkan telah dijual pada harga RM1799 untuk versi 500GB, tetapi dengan pengenalan versi 1TB, kini konsol berkenaan boleh didapati pada harga bermula RM1549.


Angka jualan seumpama ini sering diumumkan oleh pengeluar peranti dalam usaha menarik minat pengeluar permainan untuk membangunkan permainan dan aplikasi untuk mereka.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: ENGADGET

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori