Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

ATM Tahan 10 PATI...

BUKIT KAYU HITAM – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 10 orang pendatang asing...

‘Harimau Jadian’ Di Pintu...

REKA bentuk mercu tanda di Kerinchi bakal diterapkan elemen yang dapat melambangkan identiti...

Cristiano Ronaldo Miliki 200...

LONDON - Bintang bola sepak sensasi dunia, Cristiano Ronaldo muncul selebriti yang memiliki...

Teruk Dibelasah JDT, Norizam...

Kuala Lumpur: Kekalahan mengaibkan sehingga 10-0 dengan agregat penuh 15-1 boleh dielakkan jika...

PLUS, Prolintas Tawar Rebat 20% Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR – Sempena perayaan Deepavali pada 10 Nov ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol 20 peratus kepada pengguna rangkaian lebuh raya kendaliannya yang membayar tol secara elektronik.

Lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Jambatan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata kenderaan kelas satu (kecuali teksi) yang melalui lebuh raya pada 10 Nov berpeluang menikmati rebat itu, dengan menebusnya menerusi tambah nilai yang dibuat antara 15 Dis hingga 14 Mac 2016 di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.

“Pengguna kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan ringan dengan dua gandar dan tiga atau empat yang membayar tol menggunakan sistem elektronik menerusi kad PLUSMiles, Touch ‘n Go dan SmartTAG berpeluang menikmati rebat tol 20 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

“Rebat tol ini dapat dinikmati sepanjang hari dan tidak terhad pada tempoh masa tertentu. Bagaimanapun, rebat tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Johor, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan jambatan Pulau Pinang,” katanya.


Sementara itu, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) turut memberi 20 peratus diskaun sempena perayaan Deepavali bagi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Menurut kenyataan PROLINTAS, diskaun akan diberikan kepada pengguna yang membuat bayaran secara elektronik menerusi kad Touch ‘n Go dan SmartTAG bermula pukul 6 pagi Selasa dan akan berakhir pada 6 pagi esoknya.

Pengguna boleh mengikuti Twitter @AKLEHtrafik, @GCEtrafik dan @LKSAtrafik atau untuk info mengenai trafik terkini dan bagi sebarang maklumat lanjut, mereka boleh melayari www.prolintas.com.my atau Facebook di PROLINTAS Highways. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori