Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Isytihar Sokongan PM Bakal...

SHAH ALAM - Langkah pengisytiharan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Gila Porno Kanak-Kanak: MARA...

Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkemungkinan akan memberi peluang kedua kepada pelajar genius matematik,...

Kanye West Pecat Pengawal...

PENYANYI rap Kanye West, dikatakan telah memecat pengawal peribadinya selepas lelaki itu berborak...

Elly Mazlien Sedia Ke...

PELAKON baharu, Faye Kusairi telah membuat satu penafian tentang pendakwanan yang menyatakan dirinya...

Polis Singapura Cedera Gara-Gara Kejar ‘Mat Rempit’

SINGAPURA – Seorang pegawai polis trafik dilaporkan cedera selepas motorsikalnya hilang kawalan ketika mengejar sekumpulan penunggang motorsikal, tetapi masih cuba bangun untuk mengejar suspek.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 20 November, pada kira-kira 8 malam apabila pegawai polis menjalankan pemeriksaan dengan melakukan rondaan di jalan sekitar kawasan Geylang di sini.

Dalam situasi kejar-mengejar, salah seorang pegawai polis trafik cuba mengelak daripada berlanggar dengan penunggang motorsikal itu dan telah merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan.

Baca: Polis Nafi Berita Konon Singapura Dikepung, Ditutup

Semasa pegawai lain terus mengejar kumpulan motorsikal itu, pegawai yang cedera bangun dan berlari mengejar kumpulan tersebut. Jurucakap pasukan polis Singapura memberitahu bahawa:


“Pada 20 November 2015, satu operasi penguatkuasaan bersama yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari polis trafik dan Lembaga Pengangkutan Darat telah dijalankan di sekitar kawasan Geylang.

“Dalam operasi itu, sebuah motosikal milik seorang polis trafik telah terlibat dalam kemalangan kecil. Mujur tiada kecederaan parah dilaporkan dan siasatan polis masih lagi berjalan.” - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori