Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penyampai TV Makan Puding...

LONDONƃā€šĆ‚Ā ĆƒĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Seorang penyampai TV, Dr Michael Mosley akan melakukan satu eksperimen yang agak...

SST: Bayar Sebelum 30...

PUTRAJAYA - Para peniaga yang telah berdaftar di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah setakat pukul 9 pagi...

Ahmad Bashah Mahu Nilai...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata...

Polis Kenal Pasti Penganjur Perhimpunan Aman Warga Teksi

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti pihak penganjur terlibat dalam Perhimpunan Aman Warga Teksi yang diadakan di Padang Merbok di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon menegaskan polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penganjur berkenaan.

“Undang-undang sedia ada jelas menyatakan pihak penganjur perlu mendapat kelulusan daripada tuan punya tempat berkenaan untuk menjalankan sesuatu aktiviti di sana.

Kami akan ambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang yang ada memandangkan setakat ini penganjur masih gagal mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengadakan perhimpunan di sana,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kaunter dan Bilik Triaj di Balai Polis Pantai, di sini.

Ditanya mengenai jumlah anggota polis yang dikerahkan untuk mengawal suasana sepanjang perhimpunan itu, beliau berkata ianya mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan di sana dan akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.

“Kami mempunyai jumlah yang cukup untuk mengawal keadaan perhimpunan termasuklah trafik berhampiran lokasi acara itu,” katanya.


Ditanya sama ada perhimpunan itu menjejaskan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di ibu negara yang bermula hari ini, Law berkata acara berkenaan tidak menganggu perjalanan persidangan itu kerana ia hanya bertumpu di Padang Merbok.

Peserta perhimpunan kemudian bergerak dari Padang Merbok ke Parlimen untuk menyerahkan dua memorandum, masing-masing kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Memorandum itu berkait rapat dengan objektif utama perhimpunan yang antara lain mendesak rombakan dilakukan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa kerajaan mengharamkan aplikasi ‘Uber’ dan ‘Grabcar’ yang dilihat menjejaskan periuk nasi pemandu teksi.

Dalam pada itu, Law berkata fungsi utama Kaunter dan Bilik Triaj, ditempatkan di balai polis ialah bagi menerima laporan bagi kes-kes jenayah yang sensitif.

“Kaunter dan Bilik Triaj yang dilancarkan sejak tahun 2011 merupakan salah satu initiatif yang dibuat oleh polis bagi meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat berkaitan kes-kes jenayah yang dihadapi,” katanya sambil menambah sebanyak 24 buah balai polis di sekitar Kuala Lumpur dilengkapi kemudahan berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori