Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Rizab Malaysia Kekal Boleh...

KUALA LUMPUR - Rizab Malaysia kekal boleh guna dan tiada halangan menggunakannya pada...

VIDEO: Polis, JPAM, RELA...

Beberapa hari lalu media Malaysia melaporkan tiga lelaki masing-masing merupakan anggota polis, Jabatan...

Separuh Kotak Hitam QZ8501...

MEMASUKI hari ke-16 misi mencari dan menyelamat pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang terhempas...

Warga Asing Dominasi Bekalan...

PUTRAJAYA - Isu penguasaan warga asing dalam rantaian perbekalan sayur di negara ini...

Polis Marin Rampas Rokok Seludup, Bot Lebih RM220,000

JOHOR BAHRU – Sebanyak 19,200 paket rokok pelbagai jenama serta sebuah bot dipercayai digunakan dalam aktiviti penyeludupan rokok dirampas di perairan Benut, Pontian awal pagi semalam.

Timbalan Komander (PPM) Wilayah 2 Johor Supt Sallehudin Mat Zaman berkata dalam kejadian 3 pagi itu, pihaknya mengesan sebuah bot gentian kaca yang mencurigakan dipercayai sedang melakukan aktiviti penyeludupan.

“Ketika melakukan rondaan, anggota kami terlihat beberapa objek dicampak keluar dari bot tersebut yang disyaki rokok,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata bot berkenaan kemudian menuju ke arah hutan bakau berdekatan sebelum beberapa orang dilihat melarikan diri.

Sallehudin berkata pemeriksaan lanjut ke atas bot itu mendapati beberapa guni berisi rokok yang dipercayai cuba diseludup masuk untuk pasaran tempatan.

Sallehudin berkata rampasan rokok pelbagai jenama itu bernilai RM180,210.24 termasuk cukai.


“Polis turut merampas bot gentian kaca bersama enjin sangkut bernilai kira-kira RM45,000,” katanya.

Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Polis Marin untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 22 Akta Polis Harta Tidak Dituntut.

Katanya sehingga kini pihaknya mencatat 55 kes rampasan rokok dengan nilai rampasan hampir RM5 juta berbanding 18 kes yang dianggarkan bernilai lebih RM5.5 juta tahun lepas. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ioOAHaon3-o[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rokok

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori