Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sesi Pembugaran Emosi Murid...

KUALA LUMPUR - Lebih 1,300 murid Sekolah Kebangsaan Dato'Hashim 1, Pengkalan Chepa hari...

Adlin Aman Ramlie Dibebaskan...

PELAKON, pengkritik dan pelawak Adlin Aman Ramlie yang ditahan pada Khamis berikutan disyaki terlibat...

Polis Trafik Keluar 12...

SANDAKAN - Sebanyak 12 saman dikeluarkan ke atas kereta sapu dalam satu operasi...

Maha Vajiralongkorn Rasmi Raja...

BANGKOK - Putera Mahkota Maha Vajiralongkon menaiki takhta pada Khamis selepas menerima jemputan...

Polis Nafi Berita Konon Singapura Dikepung, Ditutup

SINGAPURA – Polis menyatakan khabar angin disebarkan secara talian mengenai Singapura yang mendapat liputan luas konon negara pulau kecil tersebut akan ditutup atau dikepung adalah benar-benar ‘berita palsu’.

Dalam satu kenyataan rasmi menerusi laman Facebook Polis Singapura, agensi penguatkuasaan itu menjelaskan berita tersebut disebarkan melalui aplikasi WhatsApp merupakan perbuatan sangat tidak bertanggungjawab.

Pihak polis tempatan seterusnya menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah sehingga boleh mencetuskan kecemasan dan suasana panik dalam kalangan masyarakat republik tersebut.

Pada Sabtu lalu, Menteri Ehwal Dalam Negeri, K. Shanmugam berkata langkah-langkah keselamatan, pemeriksaan sempadan dan berjaga-jaga dipertingkatkan di seluruh Singapura susulan serangan berdarah di Paris, Perancis.

Beliau menambah, Singapura harus terus membangunkan daya siap siaga untuk menggalakkan orang ramai supaya kekal berwaspada dan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan kepada pihak berkuasa.


Namun menurut stesen radio tempatan, 938LIVE, ada pihak tertentu menjadikan amaran Shanmugam itu sebagai petanda bahaya konon Singapura sudah dikepung musuh dan terpaksa ditutup langsung kepada dunia luar.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori