Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib-Zahid Gandingan Sempurna Terajui...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut...

Gempa Bumi Sederhana Melanda...

KUALA LUMPUR -ƃā€šĆ‚Ā  Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 skala Richter melanda kawasan sempadan...

Najib Manusia Biasa, Tidak...

SEREMBAN - Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Senator Datuk Seri Syed Ibrahim...

Pura-Pura Depan Majikan Sebelum...

ZAMAN sekarang ramai golongan ibu yang berkerjaya terpaksa meninggalkan anak-anak mereka di bawah...

Polis Tahan Lelaki Terlibat Pergaduhan Di Plaza Low Yat

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di Plaza Low Yat di sini, petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata kejadian di kompleks membeli-belah itu berlaku kira-kira 7 petang semalam.

“Pergaduhan itu melibatkan suspek berumur 27 tahun dengan seorang pekerja di kompleks itu (Plaza Low Yat), yang mengganggu di premis pekerja berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan, suspek sebelum itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Bulatan dengan salah seorang pekerja di premis berkenaan.

Susulan itu, suspek yang tidak berpuas hati datang ke premis itu dan menumbuk muka mangsa.

Zainol berkata suspek telah ditahan pada 8 malam, selepas mangsa membuat laporan polis.


“Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan curi.

Sementara itu, wakil pihak pengurusan Plaza Low Yat, Gary Lam berkata insiden pergaduhan tersebut adalah disebabkan salah faham. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori