Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelakon Ditahan Polis, Cederakan...

KUALA LUMPUR – Seorang pelakon lelaki ditahan polis selepas dipercayai mencederakan bekas tunangnya,...

Insentif Tambahan RM50 Kepada...

SABAK BERNAM - Insentif tambahan sebanyak RM50 akan mula diagihkan kepada pesawah di...

Kemiskinan Bukan Penghalang Untuk...

PETALING JAYA - Kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan jika ia disertai dengan...

Peranan Wanita UMNO Penting...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yakin...

PPM Tawau Tahan Lelaki Warga Indonesia Miliki Lebih 1,000 Gram Syabu

TAWAU – Seorang lelaki warga Indonesia diberkas Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau kerana memiliki lebih 1,000 gram dadah syabu bernilai lebih RM100,000 di kawasan Batu-Batu, Sabindo di sini, pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata, tiga anggota PPM yang bertugas dalam Ops Landai, terserempak suspek yang dalam keadaan mencurigakan kira-kira 7.00 pagi sebelum suspek bertindak melarikan diri.

“Hasil siasatan awal, suspek terus mengaku membawa dadah syabu dalam beg sandangnya. Syabu berkenaan dibungkus beberapa lapis menggunakan plastik lut sinar,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pejabat PPM Tawau, hari ini.

Katanya, dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran ke Indonesia dan Tawau dijadikan sebagai tempat transit.


“Kita sedang menyiasat dari mana sumber bekalan dadah berkenaan diperoleh,” katanya menambah PPM sentiasa berhubung dan bertukar maklumat berkaitan pengedaran dadah dengan pihak berkuasa Indonesia.

Beliau berkata, rampasan itu merupakan tangkapan terbesar PPM di Sabah dan setakat ini lebih 30 kes tangkapan berkaitan dadah direkodkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori