Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Guna Lampu Tinggi, Pemandu...

MUNGKIN peraturan seperti ini sesuai dilaksanakan di negara kita, iaitu kepada mereka yang...

Stesen ABC Sahkan Najib...

PUTRAJAYA - Laporan dokumentari Four Corners terbitan stesen Australian Broadcasting Corporation (ABC) baru-baru ini mengesahkan...

Sains, Teknologi Untuk Keamanan,...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah kemiskinan dan ketidaksamaan yang...

Arsenal Umum Pengganti Wenger...

ARSENAL bakal melantik pengurus baharunya minggu ini. Bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery...

Program TUBE Mampu Lahir 2,500 Usahawan Bumiputera

PASIR MAS – Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) mampu melahirkan 2,500 usahawan Bumiputera di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM45 juta untuk membangunkan program tersebut bagi tempoh lima tahun, dengan projek perintis bermula pada 2014 lalu.

“Kerajaan bersetuju untuk menjadikan program ini sebagai program tahunan dan termasuk di bawah RMK11 dengan peruntukan sebanyak RM45 juta.

Sebelum ini (pada tahun lepas), ia masih di peringkat percubaan dan disebabkan kos yang rendah iaitu hanya melibatkan geran sebanyak RM15,000 kepada setiap peserta, kerajaan mahu ia diteruskan, sekali gus dapat menjana lebih banyak peluang pekerjaan pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program TUBE 2.0 di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cancun Park di sini pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Dr Hafsah Hashim dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha.


Mustapa juga berkata tiga peserta terbaik dari seluruh negara akan mengikuti ‘boot camp‘ di Amerika Syarikat pada Jun depan bagi memberi pendedahan kepada mereka mengenai senario perniagaan di peringkat antarabangsa.

Katanya, langkah itu sekaligus menolak dakwaan tidak berasas sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan telah melupakan agenda Bumiputera.

Mengulas mengenai program TUBE, katanya 500 belia dari seluruh negara akan mengikuti ‘boot camp‘ di 10 buah kem PLKN selama tiga minggu dan akan didedahkan mengenai pengenalan asas perniagaan, penyediaan pelan perniagaan dan perkongsian pengalaman dengan usahawan pembimbing.

“Mereka dipilih daripada 7,400 pemohon melalui satu proses yang sistematik dan seorang peserta terbaik dari setiap kem akan terpilih menyertai program keusahawanan dengan Media Prima Berhad,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]RNTmOql_ys0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori