SINGAPURA – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Malaysia dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura telah menerima 98 penyerahan sebagai maklum balas kepada eksesais bersama Permintaan Untuk Maklumat (RFI) mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
Dalam satu kenyataan, mereka berkata, syarikat dan konsortium itu terdiri daripada rantaian nilai HSR dan termasuk entiti berpangkalan di Malaysia, Singapura, Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.
Ketua Pegawai Eksekutif SPAD (CEO), Mohd Azharuddin Mat Sah dan CEO LTA, Chew Men Leong berkata: “Kami berterima kasih dengan maklum balas yang kukuh yang pasaran berikan mengenai projek kami itu.
“Kami akan kaji dengan teliti dan menimbang bagaimana model komersil projek dan pendekatan perolehan boleh ditambah baik lagi.”
“Kami berharap untuk meneruskan perkongsian dengan sektor swasta untuk menawarkan projek yang ikonik dan menarik ini.”
Kerajaan Malaysia dan Singapura menjangka untuk memuktamadkan model komersil dan pendekatan perolehan projek itu menjelang tahun depan. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]sVfzEnm4JGo[/wpdevart_youtube]