BLOGGER seks dan pengkritik Islam yang kini melarikan diri ke Amerika Syarikat buat hal lagi!
Selepas menerbitkan buku berjudul ‘Sex, Pork and Persecution’ yang menceritakan kisah lucah, kehidupan di penjara dan politik; Alvin Tan, 27 yang memanggil dirinya “aktivis kebebasan bersuara” memuat naik gambar dia berada dalam tandas dan menggunakan helaian al-Quran untuk menggantikan tisu.
Azan Pula Diperlekeh, Alvin Tan Makin Biadap
Sememangnya Alvin semakin berani. Jika dahulu dia cuma menaikkan kemarahan umat Islam di Malaysia namun perbuatannya kini yang semakin terang-terangan menghina agama orang lain pasti sukar diterima tak kira di ceruk dunia mana pun.
Alvin Terus Angkuh, Cabar Zahid Batalkan Pasportnya Segera
Meskipun ramai netizen sudah lali dengan sikapnya yang sering menghina Islam dan cuba beranggapan bahawa dia cuma seorang lelaki yang kurang kasih sayang dan perlu perhatian, kesabaran setiap orang sudah tentu ada had terutama bila babitkan agama.
Blogger Seks, Alvin Tan Dakwa Dah ‘Berjanggut’ Tunggu PDRM
Kita tunggu saja balasan yang bakal diterima lelaki pengecut ini apabila tiba masanya jika dia tidak segera berubah… – MYNEWSHUB.CC