Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

31 Negara Sahkan Penyertaan...

LANGKAWI - Sebanyak 31 negara telah mengesahkan penyertaan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa...

Bagaimana Rafizi Bermain Persepsi...

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sedang menggerakan propaganda politik baru PKR Ayuh...

Kerajaan Kedah Nafi Beri...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menafikan pemberian bonus tiga bulan gaji bersempena Hari...

Bapa Maut Dipukul Anak...

KOTA BAHARU - Seorang lelaki warga emas maut selepas dipukul bertalu-talu oleh anak...

PTPK Peruntuk RM350 Juta Lahir Tenaga Kerja Pakar Tahun Hadapan

TANGKAK – Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) memperuntukkan sebanyak RM350 juta pada tahun hadapan dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkepakaran dan berkemahiran tinggi untuk membangunkan negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, pihaknya menyasarkan 58 bidang kemahiran utama yang bakal menjadi keperluan utama dan perlu diisikan lima tahun lagi.

“Antaranya dalam bidang automotif, minyak dan gas selain bidang kesihatan, kimia, kecantikan, elektronik, elektrikal, mekanikal, penjagaan kanak-kanak, jahitan dan penjagaan rambut.

“Bidang ini akan menjadi pemangkin ekonomi kerana negara bakal berdepan dengan perkembangan dan cabaran dunia yang lebih global dan berinovasi,” katanya selepas Majlis Perasmian Program Kemahiran 1Malaysia: Kursus Kraf Tangan, Jahitan dan Penyerahan Bantuan Peralatan 1Azam Parlimen Ledang di Kolej Komuniti Ledang, Tangkak, di sini hari ini.

Ismail berkata, ketika ini terdapat lebih satu juta pekerja mahir atau 26 peratus dari tenaga kerja dan negara memerlukan 3.2 juta atau 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang tahun 2020.


Katanya pada masa sama tenaga kerja mahir juga akan ditransformasikan dalam bidang pekerjaan berteraskan 3D iaitu dirty (kotor), dangerous (bahaya) dan difficult (susah) yang ketika ini hampir 90 peratus dikuasai pekerja asing.

Menyentuh mengenai isu kerajaan Indonesia meminta pembantu rumah warga mereka dibayar gaji RM2,000 sebulan, beliau berkata, perkara itu masih di peringkat perbincangan yang dijangka mengambil masa.

“Kita perlukan situasi menang-menang dalam hal ini. Ketika ini kita menggunakan khidmat pembantu rumah dari Indonesia, Filipina dan Kemboja. Kita mempunyai pilihan lain kerana terdapat 14 negara yang boleh membekalkan pembantu rumah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori