SEORANG pelakon telah memalsukan penculikannya sendiri dalam usaha terdesak untuk memenangi semula hati bekas kekasihnya.
Jessica Lind, 22, dikatakan hilang selepas menghantar mesej kepada bekas kekasihnya, Gray dengan menulis `permainan bermula – cari Jess,’’.
Dia kemudiannya ditemui di dalam but keretanya sendiri selepas polis melancarkan gerakan mencarinya.
Ketika ditemui, Jessica memberitahu dia telah didatangi oleh seorang lelaki yang mengetahui hubungannya dengan Gray.
Selain itu, katanya dia turut menerima panggilan yang mencurigakan dan tidak tahu bagaimana dia boleh berada di dalam but keretanya selepas seseorang memukul kepalanya, sebelum menculiknya.
Bagaimanapun Jessica akhirnya mengakui dia menghantar mesej itu kerana mahu Gray berasa bimbang akan keadaannya.
Susulan penipuan itu, Jessica dihukum penjara empat bulan tetapi ditangguhkan dalam masa dua tahun serta diarahkan menjalani kerja tanpa berbayar selama 120 jam. – Mynewshub.cc