Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jerteh Bakal Jadi Pusat...

BESUT – Setelah pelancaran projek mega Gerbang Pelancongan Antarabangsa Terengganu bernilai RM250 juta...

‘Ayat-Ayat Cinta’ Tidak Sesuai...

PENYANYI Farawahida mengakui lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian asal Datuk Sri Rossa adalah sebuah...

7 Makanan Untuk Melawan...

KEHIDUPAN moden kita hari ini memang sibuk dari pagi hingga ke malam dengan...

2 Jet F-7 Myanmar...

DUA jet pejuang buatan China diterbangkan tentera udara Myanmar terhempas pagi semalam, mengorbankan...

Putri Mardiana Tukar Pengakuan Salah Berkhalwat Demi Anak

SEPERTI umum mengetahui, pelakon Putri Mardiana telah pun mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, semalam atas tuduhan berkhalwat pada tahun lalu.

BACA: Putri Mardiana, Pasangan Mengaku Bersalah Berkhalwat

Berikutan itu, mahkamah memerintahkan pelakon filem Ngangkung membayar denda sebanyak RM3,000.

Menurut Putri Mardiana, keputusannya menukar pengakuan kepada bersalah adalah  kerana tidak mahu anaknya tertekan ketika mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Saya mengaku salah sebab nak tamatkan cerita yang tersebar di media sosial. Lagipun keputusan UPSR anak saya keluar hari ini (semalam). Saya tak mahu dia tertekan,”  katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.


Pasangannya Shahrizam Abdullah turut didenda selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan yang sama.

Sebelum ini, Putri Mardiana yang tidak diwakili peguam telah merayu ke mahkamah agar menjatuhkan hubungan ringan kepadannya atas alasan menanggung ibu dan abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU) selain tiga anak.

Menurut laporan kes, Putri Mardiana dan Shahrizam telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 14 Disember tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=HDtSHotwtfI]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori