Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Lelaki Gila Talak Langgar,...

PERSIS lakonan dalam drama...Seorang wanita menerima igauan ngeri apabila dipercayai diculik dan dilanggar...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi semalaman yang...

Ringgit Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini susulan permintaan...

Suhu Di Malaysia 22...

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Malaysia terutama di tanah rendah melibatkan negeri...

Rakyat Harus Terima Bajet Yang Ambil Kira Pembangunan Ekonomi

IPOH – Rakyat harus menerima bajet yang mengambil kira perbelanjaan pembangunan ekonomi, bukan hanya tertumpu kepada kos sara hidup, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, bajet merangkumi tiga bidang utama iaitu kemampanan ekonomi negara, meningkatkan kapasiti negara dan meringankan kos sara hidup rakyat.

“Kadangkala kita hanya tertumpu kepada apa yang kita dapat daripada bajet ini dari segi kos sara hidup, kita tidak tengok apa yang kerajaan belanja untuk pembangunan ekonomi.

“Sebahagiann besar bajet mesti memberi tumpuan untuk mempertahankan ekonomi negara kita, sebab itu kita buat pembangunan,” katanya pada sidang media selepas sesi wawancara bersama Perakfm di Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, hari ini.

Beliau berkata, tumpuan turut diberikan kepada rancangan mengembangkan pembangunan Lembah Klang sehingga Seremban dan Port Dickson menerusi inisiatif Lembah Wawasan Malaysia dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.


“Apabila kita melakukan kerja pembinaan, lebih daripada 50 sub sektor mendapat keuntungan, bukan sahaja kontraktor tetapi bank, peguam, akauntan dan pembekal bahan mentah.

“Kita mahu pastikan tidak ada pembuangan pekerja atau pengangguran berlaku, itulah falsafah bajet ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori