Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PAS Junjung Kasih Atas...

KUALA LUMPUR ā€“ PAS Selangor menjunjung kasih di atas perkenan Sultan Selangor, Sultan...

Izreen Azminda Nekad Mahu...

BEBERAPA hari lalu, kami ada menyiarkan perihalƃā€šĆ‚Ā pelakon dan pengacara Mahligai Cinta, Izreen Azminda...

Neelofa Jawab 3 Spekulasi,...

BERKENAAN dengan perkara yang sedang tular semenjak petang sabtu semalam, pelbagai cerita dan...

KP SPRM Dipuji Lembaga...

KUALA LUMPUR - Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menyifatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Reka Bentuk Jajaran Baharu Lebuh Raya DASH Masih Dibincangkan

SHAH ALAM – Reka bentuk jajaran baharu Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di Damansara Perdana kini dalam peringkat perbincangan antara syarikat konsesi dan penduduk, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas), selaku syarikat konsesi yang membina lebuh raya itu telah mengemukakan reka bentuk baharu jajaran akhir lebuh raya berkenaan berikutan bantahan penduduk terhadap jajaran asal yang melalui Damansara Perdana.

“Berikutan bantahan mengenai jajaran di Damansara Perdana oleh sekumpulan penduduk, saya telah mengemukakannya kepada Kementerian Kerja Raya dan Prolintas pada 19 Mac lepas supaya meneliti perkara berkenaan dan mengambil kira pandangan mereka.

“Jadi, kini perbincangan mengenai reka bentuk jajaran baharu itu sedang dijalankan (antara Prolintas dan penduduk) supaya penyelesaian terbaik dapat dicapai,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika menjawab soalan Shahrum Mohd Sharif (BN-Dengkil) yang ingin mengetahui keputusan dan maklum balas kerajaan negeri berhubung pembinaan DASH.

Mohamed Azmin berkata taklimat dan pameran awam yang dijalankan pada Februari 2012 menunjukkan 98 peratus penduduk di sekitar kawasan jajaran DASH menerima pembinaan lebuh raya itu manakala hanya dua peratus yang membantah.


Beliau bagaimanapun masih bertegas menyatakan pembinaan lebuh raya di sekitar Lembah Klang bukan penyelesaian terbaik bagi menyuraikan kesesakan lalu lintas.

Berikutan itu, katanya, kerajaan negeri akan tetap memberi penekanan kepada usaha memperkasa pembangunan infrastruktur pengangkutan awam yang bersepadu dengan penggunaan tanah yang optimum, sebagai langkah mengatasi masalah trafik pada masa akan datang.

Lebuh raya DASH sepanjang 47 kilometer bernilai RM4.2 bilion itu antara projek diumumkan dalam Bajet 2015 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lebuh raya tiga lorong itu bermula dari persimpangan Puncak Perdana, Shah Alam dan menghubungkan Alam Suria, Denai Alam, Jalan Sungai Buloh, Kota Damansara dan Mutiara Damansara sebelum berakhir di persimpangan Penchala. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori