Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

RMK11 Fokus Akses Rakyat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 606,000 buah rumah akan dibina untuk isi rumah berpendapatan...

Gangguan Tren Intercity Pantai...

KOTA BHARU - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjangkakan gangguan perkhidmatan tren Intercity...

PRN Johor: Muhyiddin Pengerusikan...

JOHOR BAHRU ā€“ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor bakal mengadakan mesyuarat untuk...

Gambar Ini Simbolik Semangat...

Seorang pemilik akaun Facebook, Kiran Kreer telah berkongsi satu gambar dengan cerita yang...

Remaja Palestin Serang Kawasan Penjajah

BAITULMAQDIS – Tiga remaja Palestin melancarkan serangan berpisau dalam dua kejadian berasingan, semalam.

Dalam kejadian pertama, seorang lelaki melakukan serangan di Pintu Pagar Damsyik, iaitu laluan utama untuk memasuki bandar lama Baitulmaqdis sebelum ditahan polis Israel.

Sementara itu, dua remaja berusia 12 dan 13 tahun menyerang seorang pengawal keselamatan menggunakan pisau di kejiranan penjajah Yahudi. Seorang daripadanya cedera ditembak manakala yang kedua ditahan.

Jurucakap polis Luba Samri berkata, pengawal keselamatan terbabit cedera ringan.

Kejadian itu yang pertama di Baitulmaqdis sejak seminggu lalu.

Sementara itu, pasukan keselamatan Israel menahan 24 orang didakwa anggota Hamas dalam serbuan sepanjang malam di Tebing Barat, kata tentera semalam.

Serbuan menyasarkan rangkaian Hamas di Qalqilya yang terletak berhampiran tembok pemisah dibina Israel.


ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œKetua rangkaian itu yang mengendalikan ibu pejabat daerah kumpulan berkenaan berusaha menggiatkan aktiviti Hamas di kawasan itu termasuk merancang aktiviti keganasan.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œMereka yang ditahan termasuk anggota kanan Hamas yang sebelum ini pernah ditangkap kerana merancang dan melakukan aktiviti keganasan untuk organisasi itu,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā kata tentera dalam satu kenyataan.

Katanya, wang tunai bernilai AS$9,000 (RM39,000) juga dirampas.

Pihak keselamatan Palestin mengesahkan penangkapan berkenaan. – AFP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori