Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

40KM ‘Menapak’ Demi Isteri...

DEMI cinta, lautan api sanggup ku redah. Perumpamaan itu juga menggambarkan kesanggupan seorang pekerja...

Lelaki Thai Ditahan Seludup...

PADANG BESAR – Seorang rakyat Thailand, yang cuba menyeludup keluar 100 kilogram minyak...

Tak Boleh Tangkap Ananda...

SHAH ALAM - Polis tiada sebab untuk menahan Tan Sri Ananda Krishnan dan...

Penampilan Terakhir Sukan SEA,...

KUALA LUMPUR – Berdasarkan prestasi terkini, Cheah Hsu Ann menyimpan hasrat untuk mengucapkan...

Remaja Perempuan Lemas Ketika Selamatkan Adik Di Tawau

TAWAU – Seorang remaja perempuan mati lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya yang terjatuh di sebuah kolam di Kampung Hidayat, Jalan Apas di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata mangsa Norimah Arman, 17, telah berjaya menyelamatkan adik lelakinya yang berusia lingkungan lima tahun, namun tergelincir semula ke dalam kolam berkenaan.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.50 pagi dan menghantar sebuah jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian. Mangsa dijumpai pukul 8.27 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa dan adiknya dikatakan sedang mencuci kain di tebing kolam berkenaan dan mangsa dipercayai tidak pandai berenang.


Menurut Mohd Razali pihaknya telah menamatkan operasi pada pukul 9.22 pagi dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori