Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-37...

KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 bermula Khamis, menyaksikan Perdana Menteri, Tan...

30,000 Majikan Diberi Pengecualian...

KUALA LUMPUR - Lebih 30,000 majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad...

Kontraktor Bumiputera ‘Anak Tiri’...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) menafikan kenyataan mendakwa tidak wujud penyertaan kontraktor Bumiputera...

Zarina Anjoulie Timang Anak...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Zarina Anjoulie yang telah selamat menimang cahaya mata sulung,...

Mayat Tanpa Kepala: Reman Pemandu Lori Disambung 7 Hari

TELUK INTAN – Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan tahanan reman terhadap seorang pemandu lori yang disyaki terlibat dalam satu kes bunuh seorang lelaki yang ditemui tanpa kepala di Jalan Kampung Batu 4, Slim River, selama tujuh hari lagi.

Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria memerintahkan tahanan reman suspek lelaki berusia 35 tahun itu disambung bermula dari hari ini sehingga 26 Nov, bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki tanpa kepala itu.

Sebelum ini, mahkamah sama memerintahkan suspek ditahan reman selama seminggu yang berakhir hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap diiringi beberapa anggota polis pada pukul 8.50 pagi dan kemudian keluar meninggalkan mahkamah dua jam kemudian.

Mayat K. Ganesan, 50, beralamat terakhir di 136, Taman Slim Indah, Slim River ditemui dalam keadaan tanpa kepala di dalam longkang kira-kira 2.10 pagi, 13 Nov lepas.


Susulan penemuan mayat itu, polis menahan pemandu lori itu di rumah bapanya di sebuah kampung di Gerik pada hari yang sama.

Sebilah parang panjang kira-kira 0.8 meter dan satu beg silang mengandungi sebilah pisau panjang kira-kira 0.15 meter turut ditemui.

Selain itu, polis menemui satu guni plastik makanan anjing warna merah dan kuning, dan di dalamnya terdapat satu plastik sampah warna hitam mengandungi kepala manusia yang disyaki kepala mangsa. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Zc5yGRWMlfA[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori