Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kemaluan Terlebih Potong Ketika...

KUALA LUMPUR - Seorang budak lelaki menderita kesakitan apabila doktor 'terlebih potong' ketika...

LHDN Komited Beri Pendidikan...

KUALA LUMPUR - ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui program Tunjuk Ajarku Sifu...

Angkat Muafakat Nasional Jadi...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar...

13 Remaja Gaduh Gara-Gara...

LAHAD DATU - Polis menahan tujuh daripada 13 remaja perempuan dipercayai terlibat dalam...

RM1,700/= Gaji Baharu Amah Indonesia Di Singapura

SINGAPURA – Semua majikan di Singapura kemungkinan besar bakal membayar gaji yang lebih tinggi untuk perkhidmatan pembantu rumah warga Indonesia mulai Januari tahun depan, menurut laporan stesen tempatan.

Channel NewAsia pada Khamis melaporkan, menerusi surat pemberitahuan kepada semua agensi amah di sini, Kedutaan Indonesia memberitahu, majikan harus membayar sekurang-kurangnya S$550 (RM1,700) sebulan.

Kali terakhir kenaikan gaji pembantu rumah dari Indonesia dilaksanakan adalah pada September 2014, iaitu kepada S$500 (RM1,540), pertambahan sebanyak S$50 (RM154) daripada asalnya hanya S$450 (RM1,386).

Terdapat sekitar 125,000 orang amah rakyat Indonesia berkhidmat di Singapura, membentuk hampir separuh daripada jumlah keseluruhan pembantu rumah warga asing yang diberikan permit bekerja di pulau kecil itu.

Perubahan tersebut yang akan berkuat kuasa mulai Januari depan bagaimanapun hanya untuk pembantu baharu dan mereka yang akan memperbaharui sambungan kontrak perkhidmatan mereka dengan majikan sedia ada.

Kaunselor kedutaan Indonesia di sini, Sukmo Yuwono memberitahu media bahawa antara sebab kenaikan gaji itu adalah untuk melindungi kebajikan amah negara tersebut yang kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita.

Sekadar rekod perbandingan, gaji asas bulanan pembantu rumah warga Indonesia di Malaysia pada masa ini ditetapkan ialah S$230 (RM700) dan mungkin dinaikkan kepada S$390 (RM1,200) pada tahun depan.

Dalam pada itu, Aziah Abdul Aziz dari Suria Maid Agency berkata, berita tersebut tidak banyak merobah pilihan pelanggan kerana ternyata mereka pada masa ini lebih memerlukan khidmat pembantu rumah atas dua sebab.

Pertama untuk menjaga anak dan orang tua di rumah memandangkan pasangan suami isteri terpaksa keluar bekerja seharian selain alasan kedua,ƃā€šĆ‚Ā bayaran cukai oleh pemerintah Singapura juga telah dikurangkan.


“Yang ambil amah biasanya untuk jaga anak atau orang tua. Cukai untuk pekerja ini sekarang pun sudah kurang. Jika gaji naik, kalau terlampau besar sangat mungkin susah kerana pihak majikan sendiri pun kena berjimat.

“Kami turut terangkan kepada majikan, gaji pembantu rumah di mana-mana negara pun begitu juga. Kalau terdesak dan tiada pilihan, mereka pada akhirnya tetap akan ambil juga,” kata Aziah kepada Channel NewsAsia.

Pada masa ini, cukai dikenakan Singapura untuk setiap amah ialah S$265 (RM865) sebulan, manakala majikan pula perlu membayar yuran perkhidmatan kepada agensi sebanyak S$2,000 (RM6,161) iaitu caj sekali sahaja.

Menurut Maimunah Awang pula dari Maimunah Agency and Services, pelanggan telah diberitahu terlebih dahulu akan perubahan kadar gaji yang akan berlaku sebelum memilih siapakah calon pembantu rumah mereka.

Setakat ini, beliau tidak melihat terdapat sebarang kesan yang menjejaskan permintaan, malah ramai keluarga datang mendapatkan khidmat di agensinya kerana memerlukan bantuan jagaan baik untuk keluarga dan anak.

“Mula-mula memang ada keluhan. Selepas itu saya lihat mereka boleh terima. Bagi pihak agensi, jika ada yang datang, kami tunjukkan dahulu senario realiti, beritahu mereka lebih awal supaya mereka tidak terkejut.

“Majikan yang mahu ambil amah kena tahu kadar ini. Jika ada rancangan lain, terpulanglah. Sekarang dengan gaji S$500 pun mereka masih boleh terima. Belum ada keluhan.” kata Maimunah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori