Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Persiapan Kenduri Terbantut Rumah...

TAWAU - Hasrat seorang penghuni di Lorong Haji Sundu di Km 3.2, Jalan...

Kisah Unik Di Sebalik...

UMAT Islam mungkin sudah banyak baca, dengar atau lihat sendiri simbol perpaduannya, iaitu...

Lelaki Punyai 9 Rekod...

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau, cedera di...

Aktres Hollywood Protes Israel...

TEL AVIV - Pelakon terkenal, Hollywood Natalie Portman membuat kejutan apabila enggan hadiri...

RM2j Bagi 7 Pusat Internet Di Hulu Terengganu Tahun Ini

HULU TERENGGANU – Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah memperuntukkan kira-kira RM2 juta untuk mewujudkan tujuh pusat internet di daerah Hulu Terengganu pada tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata daripada jumlah itu, lima pusat internet sudah pun beroperasi manakala dua lagi dijangka disiapkan menjelang akhir bulan depan.

Katanya lima pusat internet dibuka di Felda Mengkawang, Kampung Menerong, Kampung Bukit Diman, Kampung Padang Tara dan Kampung Capu, katanya kepada pemberita selepas menutup Program NBOS 1Malaysia Green 1Malaysia Clean: Jejak Ulama Tokku Pau, di sini, hari ini.

Katanya dua lagi pusat internet yang sedang dibina terletak di bandar Kuala Berang dan di Kampung Tok Randok dekat Ajil.

Program anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu itu bertujuan memupuk semangat cintakan keindahan dan kebersihan kampung yang mempunyai tarikan produk pelancongan Islamik.

Selain itu, program tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kewujudan makam ulama yang perlu dihayati dan dijaga.


Jalani, yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu, berkata kewujudan banyak makam ulama dan sejarah Islam di kawasan Parlimen itu perlu dieksploitasi sepenuhnya agar dapat menjana pendapatan kepada penduduk tempatan.

“Tahun lepas, lebih 4.5 juta pelancong datang ke Terengganu dengan menyumbang sebanyak RM4.52 bilion kepada ekonomi negeri.

“Jadi, saya berharap kemudahan internet yang diwujudkan ini dapat juga digunakan untuk tujuan mempromosikan pelancongan Islamik di Hulu Terengganu,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Gwg3Ja1k3i0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori