Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Australia Beri Dos Keempat...

SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan persekutuan Australia menawarkan dos keempat vaksin COVID-19 kepada penduduk...

Rindu Mengenang Suasana Masjidil...

ALUNAN lunak suara imam Masjidil Haram menggegarkan naluri para jemaah untuk merebut saf...

Chegubard Sah Dipecat PKR...

BELUM sempat buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu status...

56 Hari Tanpa Gaji,...

Buat penjawat awam, saat menjelangnya Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan bulan hadapan akan...

RM500,000 Untuk Muay Thai Antarabangsa Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi penganjuran kejohanan antarabangsa sukan Muay Thai berskala besar tahun depan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kejohanan tersebut dilihat berpotensi menjadi antara sukan berprestij negara apabila berjaya menarik kehadiran penonton.

“Kita akan biayai RM500,000 untuk kejohanan tahun depan, kita harap hadiah lebih besar dari penaja-penaja,” katanya ketika merasmikan Pertandingan Akhir Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Kuda Merah 2015 di sini, malam semalam.

Kejohanan kali keempat itu adalah anjuran Kelab Muay Thai Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Seramai 24 peserta dari dalam dan luar negara, kebanyakan dari Thailand, berentap selama dua hari mulai semalam bagi merebut 12 gelaran (tali pinggang).

Gelaran utama yang menjadi rebutan adalah tali pinggang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selain tali pinggang Datuk Siti Nurhaliza dan Tali Pinggang Sinar Harian. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]OcwlLmIu6PM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori