Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Guru Sekolah Agama Parah...

KUALA LUMPUR - Seorang guru sekolah agama cedera parah ditikam oleh anak lelakinya...

Annuar Kesal Laporan Akhbar...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar...

Rumah Pegawai Kanan SPRM...

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah teres dua tingkat milik seorang pegawai kanan Suruhanjaya...

Perkhidmatan Kaunter PLKS Diteruskan...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan pembaharuan pas lawatan kerja sementara (PLKS) di kaunter Jabatan...

Rosmah Lawat Pusat Rehabilitasi Orang Kurang Upaya Antalya

ANTALYA (Turki) – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Sabtu melawat Pusat Rehabilitasi Orang Kurang Upaya Antalya, pusat seumpamanya yang kedua terbesar di Eropah.

Lawatan itu diadakan untuk isteri-isteri pemimpin negara anggota Kumpulan (G20) dan negara-negara yang dijemput menghadiri Sidang Kemuncak G20 Ke-10, yang bermula di sini esok.

Semasa lawatan itu, Rosmah meluangkan masa kira-kira sejam untuk beramah mesra dengan mereka yang menjalani program rehabilitasi.

Selain itu, beliau dan isteri pemimpin lain mendengar taklimat mengenai pusat itu, yang sedang diperluaskan untuk menambah proses terapi lain termasuk terapi kolam renang.


Pusat itu juga merancang program latihan berdikari seperti kelas celik teknologi maklumat (IT) dan kerjasama berkumpulan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]i6p6YPUN0MM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori