Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tanah Runtuh: Polis Minta...

AMPANG JAYA: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini,...

Polis Ambil Keterangan Najib...

KUALA LUMPUR - Polis hari ini merakamkan keterangan bekas perdana menteri, Datuk Seri...

Najib Gariskan Inisiatif Untuk...

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan beberapa inisiatif...

Perak Bakal Perinci Barang...

LUMUT - Kerajaan negeri Perak akan memperincikan barangan di Pulau Pangkor di sini...

Royalti Emas Sedikit Kerana Hanya Satu Syarikat Beroperasi

KOTA BAHARU – Royalti emas yang dibayar oleh syarikat carigali adalah sedikit kerana hanya sebuah syarikat yang beroperasi, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun 46 lesen pajakan melombong telah dikeluarkan sejak 2013, namun hanya sebuah syarikat beroperasi dan menjalankan aktiviti berkenaan di Sokor, Tanah Merah.

“Bukan semua pengusaha buat kerja… ada yang ada lesen tapi tak melombong. Selain itu, royalti bagi hasil carigali juga belum mendapat sebarang hasil kerana masih di peringkat penjelajahan,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) yang bertanya mengapa jumlah royalti emas yang diterima sebanyak RM4.7 juta walaupun banyak lesen carigali, melombong dan penjelajahan telah dikeluarkan.


Kepada soalan Mohamad Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) yang ingin tahu jumlah lesen yang dikeluarkan, Mohd Amar berkata kerajaan Kelantan telah mengeluarkan sebanyak 138 lesen bagi aktiviti carigali, penjelajahan dan pajakan melombong sejak 2013.

Beliau berkata 85 lesen dikeluarkan bagi aktiviti carigali, tujuh bagi aktiviti ekspedisi dan 46 bagi pajakan melombong. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori