Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

UniMAP Terima Pengiktirafan Lima...

ARAU - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diiktiraf antara universiti terbaik di Malaysia tahun...

Bapa Adib Mohon Pendirian...

BAPA anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengemukakan representasi kepada Peguam Negara,...

MB Kedah Dakwa GLC...

ALOR SETAR : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendedahkan,...

Trafik Sesak 18 KM...

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak sepanjang 18.2 kilometer (km) dari Plaza...

Samsung W2016 Dilancarkan, Peranti ‘S6’ Boleh Lipat Anda

SAMSUNG W2016 akhirnya dilancarkan secara rasmi oleh Samsung untuk pasaran China beberapa hari yang lalu.

Sebelum ini kami ada memaparkan artikel mengenai kewujudan peranti ini selepas gambar peranti tersebut tertitis di laman TENAA China.

Berbeza dengan peranti-peranti boleh lipat yang dilancarkan sebelum ini seperti Galaxy Folder, W2016 mempunyai spesifikasi tinggi sama seperti sebuah Galaxy S6.

Samsung-W2016-2

Samsung-W2016-3

Ia dilengkapi dua skrin 3.9 incu AMOLED beresolusi 768x 1280 pixel, diperkasakan pemproses lapan teras Exynos 7420, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 64 Gigabyte.

Kemampuan optik adalah 16 Megapixel OIS f/1.9 dibahagian belakang dam 5 Megapixel di bahagian hadapan.


Persamaan dengan sebuah Galaxy S6 diteruskan lagi dengan bahan binaan diperbuat daripada kaca serta logam dan Bateri pula hanya sebesar 2000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Peranti ini hanya diumumkan untuk pasaran China buat masa ini dan dijual pada harga 9999 Yuan (~RM 2674) sebuah.

Peranti boleh lipat Android seperti ini tidak pernah lagi dibawa masuk secara rasmi oleh Samsung untuk pasaran Malaysia.

Jadi sekiranya anda mahu memilikinya anda perlulah membelinya di luar negara.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: SAMSUNG

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori