Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Masih Cuba Kesan...

KUALA LUMPUR - Usaha mencari dan mengesan G Moganambal iaitu isteri kepada seorang...

IKRAM Kecam DAP Utamakan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) kesal dengan kenyataan Setiausaha Pemuda DAP...

52 Suspek Kes Tembak...

KANGAR - Seramai 52 suspek yang ditahan sebelum ini berhubung siasatan kes tembak sehingga...

Nasihatkan Penduduk Jangan Bela...

SUSULAN permasalahan kucing liar di kawasan kondominium Glenview Villa berhampiran Kampung Baru Cheras...

Sebutan Semula Kes 10 Individu Edar, Miliki Dadah Di J.B Ditetapkan Pada 22 Dis

JOHOR BAHARU – Mahkamah Majistret Johor Baharu hari ini menetapkan 22 Disember ini untuk sebutan semula kes 10 individu yang didakwa atas tiga pertuduhan memiliki dan mengedar pelbagai jenis dadah di sini pada Oktober lepas.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nor Farhana Adham untuk menyempurnakan proses serahan akhir laporan kimia.

Pada 26 Okt lepas, S Rajandran, 38; Yang Gui Zhong, 23; Loo Wei Beng, 27; Lau Koon Ping, 42; Andy Teoh Wet Lun, 22; Leong Chiew Yang,34; Lim Choon Ann,22; Yew Hooi Lyn, 33 dan dua lagi remaja lelaki bawah umur dituduh melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di rumah bernombor 112, Jalan Hang Tuah 1, Taman Skudai Baru, di sini pada 11.15 malam, 8 Oktober lepas.

Bagi kesalahan pertama dan kedua, mereka didapati mengedar dadah jenis methamphetamine dan heroin seberat 421 gram dan 131 gram dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan ketiga, mereka dikesan memiliki dadah jenis ketamin seberat 657 gram yang membolehkan hukuman di bawah Seksyen 12(b) akta yang sama dikenakan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pada 2 Nov lepas, lapan daripada tertuduh juga telah didakwa dua pertuduhan menculik dan membunuh seorang ahli perniagaan di Taman Sutera Utama, Skudai di sini pada 28 September lepas.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menculik Cheung Zi Hong, 22, pada pukul 1 tengah hari di rumah bernombor 6, Jalan Sutera Utama 1/5, Taman Taman Sutera Utama, Skudai dengan niat bersama meminta wang tebusan RM50,000.


Mengikut fakta kes, mereka dituduh mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1991 kerana culik dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Bagi pertuduhan kedua pula, kelapan mereka dituduh melakukan pembunuhan terhadap ahli perniagaan itu kira-kira jam 10.15 malam pada hari yang sama di Jalan Hang Tuah 3, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, dekat sini.

Untuk kesalahan berkenaan mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

Prosiding hari ini menyaksikan kesepuluh tertuduh itu diwakili peguam Freda Sabapathy dan P. H Chiew. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori