Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Keberkesanan Vaksin Berkurangan Dengan...

PUTRAJAYA: Penerima vaksin COVID-19 disarankan mengambil dos penggalak sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima...

Bicara Kes Bapa Dera...

BUTTERWORTH - Mahkamah Majistret di sini menangguhkan perbicaraan kes seorang bapa yang didakwa...

Tiada Kes Baru Difteria...

SUNGAI PETANI - Tiada kes baru difteria dilaporkan di Kedah sehingga semalam dengan...

Jip Hangus Gara-Gara HP...

MIAMI - Sebuah jip hangus terbakar dipercayai berpunca daripada sebuah Samsung Galaxy Note...

Sekolah Aliran Inggeris Bakal Wujud Tahun Depan?

ADAKAH negara bakal kembali kepada zaman sebelum merdeka atau ini antara inisiatif di bawah dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) oleh pihak Kementerian Pendidikan?

Mungkin masih terlalu awal untuk membuat penilaian namun pengedaran surat pekeliling kementerian itu kepada semua pengarah Jabatan Pendidikan negeri di seluruh negara baru-baru ini mencetuskan banyak persoalan.

MYNEWSHUB yang turut menerima salinan surat berkenaan menerusi e-mel buat masa sekarang belum lagi mendapat maklum balas berhubung kesahihan status notis pekeliling tersebut yang bertarikh sekitar bulan ini.

Jika ini benar, timbul tanda tanya adakah pelaksanaan sekolah aliran berbahasa Inggeris itu bakal menggugat polisi MBMMBI yang digariskan kerajaan atau ini sekadar satu lagi ‘uji kaji’ terbaharu kementerian tersebut.

Surat tersebut memaklumkan di bawah Dual Language Programme (DLP) atau program dwibahasa, pengarah pendidikan setiap negeri diminta mengenal pasti sekolah kebangsaan dan sekolah menengah yang berminat.

Pihak sekolah yang bakal terlibat mestilah berkelayakan dari segi sumber dan memiliki bilangan guru cukup sedia mengajar subjek tertentu dalam dwibahasa mulai tahun depan membabitkan tiga kumpulan pelajar perintis.

Murid Tahun 1 untuk subjek Dunia Sains dan Teknologi (DST) serta Matematik, selain murid Tahun 4 untuk subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

Manakala pelaksanaan DLP di peringkat sekolah menengah pula bakal membabitkan kumpulan pelajar Tingkatan 1 dengan permulaan pengajaran dwibahasa tersebut hanya untuk mata pelajaran Sains dan Matematik.

Untuk rekod, sistem sekolah aliran Inggeris telah pun dimansuhkan sejak awal 1970-an susulan pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bermula pada dekad berkenaan.


Ia turut menyaksikan sistem peperiksaan kebangsaan ketika itu diubah secara berperingkat daripada nama LCE kepada SRP (kemudian PMR dan kini dikenali sebagai PT3), MCE kepada SPM serta HSC kepada STPM.

Bagaimanapun dasar ini pernah dipertikaikan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kemudian memperkenalkan Pengajaran Subjek Sains dan Matematik dalan Bahasa Inggeris (PSSMI) yang cukup kontroversi.

Alasan negarawan ini ialah konon ramai pelajar Melayu gagal bersaing di peringkat global kerana cukup lemah bahasa Inggeris dalam dua mata pelajaran kritikal itu akibat hanya ‘mahir’ bercakap bahasa Melayu semata-mata.

Pandangan itu namun dibantah keras tokoh pendidikan terkenal, Prof. Diraja Ungku Aziz yang mendakwa tiada bukti menunjukkan sesebuah negara yang mundur menjadi maju disebabkan pengajaran dalam bahasa Inggeris.

Antara contohnya ialah Jerman, Perancis, Jepun dan Korea Selatan manakala banyak negara miskin di benua Asia dan Afrika yang mengutamakan bahasa bekas penjajah mereka didapati masih juga tidak maju sehingga kini.

Hakikatnya, hujah bekas Naib Canselor Universiti Malaya itu bahawa pelajar lebih mudah memahami subjek sukar jika diajar terus dalam bahasa ibunda yang difahami mereka berbanding terpaksa belajar guna bahasa asing.

PSSMI dilaksanakan pada 2003 akhirnya dimansuhkan pada 2012 susulan laporan antarabangsa menunjukkan ranking pendidikan Malaysia jatuh teruk dan disokong kajian UNESCO terhadap impak negatif bahasa Inggeris. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori