Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dulu Disisih, Kini Tiba-tiba...

SUNGAI BESAR - Mungkin masih ramai mengingati insiden menyayat hati menimpa Siti Nuraisyah...

Peruntukan Untuk Sekolah Meningkat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menambah peruntukan penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah daripada...

Penduduk Berusia Uji Ketahanan...

KUALA LUMPUR - COVID-19 yang merebak dengan cepat menyebabkan masalah kesihatan awam dan...

Misi Tawan Semula Mosul...

WASHINGTON - Operasi bagi menawan semula bandaraya kedua terbesar Iraq daripada militan IS...

‘Selipar’ Punca Tragedi 3 Remaja Maut Di Tasik Ara Damansara

ADIK lelaki kepada salah seorang mangsa yang maut selepas lemas di Tasik Ara Damansara, petang semalam, menceritakan detik dia, abang dan tiga rakannya lemas, ketika cuba mengambil selipar salah seorang mereka yang jatuh ke dalam tasik itu.

Mohd Huzain Mohamad Ady, 11, berkata dia dan abangnya, Mohd Fikry, 14, serta tiga rakan mereka, Hafiz Hakimi, 14, Norasyikin Jamil, 12, dan Raja Iskandar Shah Raja Shukri Amrun, 13, pergi ke tasik itu kira-kira jam 3 petang untuk mandi.

“Saya bersama kawan-kawan abang bermain di tebing tasik. Kemudian sebelah selipar kawan abang (Norasyikin) terjatuh ke dalam tasik. Abang cuba mengambilnya dengan terjun ke tasik sebelum terkapai-kapai,” katanya ketika ditemui di Wad Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.

Mohd Huzain berkata, sejurus melihat abangnya lemas, dia dan tiga lagi rakan terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkannya.

“Kami berpaut antara satu sama lain namun semuanya tenggelam,” katanya sambil menambah, dia sempat diselamatkan dua pengawal keselamatan yang terdengar jeritan mereka meminta tolong.

“Adik sangat terkilan kerana abang tidak dapat diselamatkan,” kata murid Sekolah Kebangsaan Lembah Subang itu.

Ibu dua beradik itu, Laila Warmon, 51, berkata dia terkejut apabila menerima panggilan telefon mengenai kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lima beradik itu.

“Saya sedih dan reda dengan takdir ini,” katanya.

Ibu Norasyikin, Norhayati Ismail, 37, berkata dia menerima panggilan daripada suaminya kira-kira jam 5.30 petang ketika berada di tempat kerjanya di Taman Mayang.


Katanya, anak ketiga daripada lima beradik itu amat rapat dengan Mohd Fikri dan sering bersama selepas waktu persekolahan, kerana mereka tinggal di blok sama, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang.

Norhayati berkata, keluarganya telah menetap di PPR Lembah Subang hampir sembilan tahun dan amat mengenali keluarga jirannya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi berkata, kesemua mangsa lemas itu tinggal di PPR Lembah Subang, Ara Damansara.

“Bomba berjaya menemui mangsa pertama lelaki pada pukul 5.30 petang, mayat lelaki kedua pada 6.06 petang, mayat ketiga pelajar perempuan kira-kira 6.10, manakala mayat terakhir pada 6.11 petang tadi.

“Kesemua mayat dikenal pasti oleh ahli keluarga yang hadir di tempat kejadian, sebelum dihantar ke Jabatan Forensik PPUM untuk dibedah siasat,” katanya.

– BERNAMA

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=CFhjsngdhmc]

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori