Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Budak Ditahan Polis Silap...

LONDON - Anggota keluarga seorang budak lelaki Muslim tempatan; yang hanya baharu berusia...

Polis Indonesia Rampas 1...

JAKARTA - Polis Indonesia berjaya merampas satu tan ganja selepas memintas sebuah lori...

Papan Iklan Papar Muka...

PEKAN NANAS - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bertindak segera menurunkan papan iklan...

Pendakwa Fail Tuduhan Ke...

BANGKOK - Pejabat Peguam Negara Thailand hari ini memfailkan pendakwaan ke atas bekas...

Semangat Asean Kukuhkan Hubungan Malaysia Dan Indonesia

KUALA LUMPUR – Semangat ASEAN mampu memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia menerusi persefahaman dalam pelbagai sektor antara kedua-dua negara.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata apabila wujudnya komuniti ASEAN nanti, Malaysia dan Indonesia dapat menentukan masa depan generasi akan datang menerusi persefahaman yang terjalin.

“Dengan adanya persefahaman itu maka perlu kedua-dua negara, parlimen dengan parlimen, kerajaan dengan kerajaan, rakyat dengan rakyat, kita boleh menyelesaikan apa sahaja masalah secara berjiran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat Indonesia, Osman Sapta Odang bersama 16 anggota delegasi daripada lima parti iaitu Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Dewan Perwakilan Daerah (DPD), Golongan Karya dan Parti Nurani Rakyat (HANURA).


Dalam pada itu, Osman ketika ditemui pemberita berkata Indonesia berharap Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung ketika ini akan mencapai kejayaan yang besar dalam mempererat hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori