BALING – Semua enam pusat pemindahan mangsa banjir telah ditutup dan 109 mangsa terakhir telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas banjir di daerah ini pulih sepenuhnya.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling Syamsul Izrin Isahak berkata, keenam-enam pusat pemindahan terbabit ditutup pada 5.00 petang ini.
Ketika dihubungi, beliau berkata keadaan cuaca di Baling hari ini baik.
Keenam-enam pusat pemindahan yang ditutup itu adalah Tabika Gua Reban, Dewan Charok Syikin, Dewan Banggol Derum, Kompleks Belia dan Sukan Batu 42, Dewan Batu 48 dan Dewan Bukit Terabak. – BERNAMA