Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pengubahsuaian Bajet 2016: Teks...

Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 MalaysiaHal 1: Mukadimah1. Alhamdulillahi Rabbil...

Longhi Hadiah Kejuaraan Kepada...

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Raul Longhi menghadiahkan kemenangan...

Watak Lebih Mencabar, Farah...

SEBAGAI seorang pelakon yang sedang membina nama dalam industri seni, Farah Nabilah tidak...

Kes Bunuh Kevin Morais:...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menahan seorang daripada dua lagi lelaki yang dikehendaki...

Semua R&R Di LPT2 Dijangka Beroperasi Sepenuhnya Tahun Depan

KEMAMAN – Kerajaan Terengganu menjangkakan kesemua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Ir Rosli Othman berkata setakat ini R&R di kawasan Perasing dan Ajil telah beroperasi dan beberapa lot kedai telah pun dibuka.

Katanya beberapa lagi R&R seperti di Paka dan Bukit Besi akan dibuka secara berperingkat selepas kawasan itu siap sepenuhnya.

“Ini adalah hasrat kerajaan negeri untuk mempercepatkan kawasan itu beroperasi bagi memberi kemudahan kepada pengguna untuk berehat, makan dan sebagainya sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Mesra Muhibbah Sambutan Hari Deepavali di Dewan Sivik Kerteh dekat sini malam tadi.

Menurutnya selain kawasan R&R, pihaknya juga meminta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengenal pasti lokasi strategik bagi membina stesen minyak di laluan sepanjang 184 kilometer itu.

Dalam perkembangan lain, Rosli meminta pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar memberi perhatian kepada pengangkutan awam yang menggunakan laluan tersebut.


Ini ekoran beberapa kemalangan melibatkan langgar belakang ketika kenderaan bergerak dilaporkan berlaku di lebuh raya tersebut dan yang terbaharu, sebuah bas persiaran merempuh belakang lori membawa muatan kayu semalam.

“Ada dakwaan yang mengatakan mereka tidak nampak lampu pada kenderaan di hadapan sehingga tercetusnya kemalangan.

“Jadi kita harap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera dan pemandu lori mahupun bas menitik beratkan kenderaan mereka bagi menggelakkan insiden ini daripada terus berulang,” katanya. – BERNAMA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori