Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

12 Individu Didakwa Merusuh...

KUALA LUMPUR - Seramai 12 individu termasuk tiga remaja bawah umur dihadapkan ke...

Lelaki Pakai Plakad ‘PH...

PONTIAN - Seorang lelaki memakai plakad berwarna kuning di badannya mencetuskan kontroversi apabila...

PM Ucap Takziah Keluarga...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada...

MAS Rai Kepulangan Kontinjen...

KUALA LUMPUR - Kepulangan kontinjen paralimpik negara dari Incheon, Korea Selatan semalam disambut...

Senai-Desaru Expressway Beri Diskaun Tol 10% Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR – Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada semua pengguna Lebuhraya E22 bersempena sambutan Deepavali tahun ini.

SDEB dalam satu kenyataan media berkata, diskaun itu ditawarkan kepada semua pengguna kenderaan kelas 1 sama ada yang membuat bayaran tol secara elektronik di lorong Touch ‘n Go dan SmartTag atau tunai.

“Bagaimanapun, SDEB menggalakkan pengguna lebuh raya membuat bayaran tol secara elektronik agar perjalanan lebih cepat dan selesa,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, potongan bayaran tol sebanyak 10 peratus itu bermula pukul 6 pagi pada 10 November hingga 6 pagi pada 11 November 2015.


Kata kenyataan itu, diskaun yang ditawarkan sempena Deepavali itu merupakan satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) SDEB. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori