Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

AES Didik Pengguna Patuhi...

KUALA LUMPUR - Pemasangan 1,200 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di lebuh raya-lebuh...

‘BERSATU Bincang Persiapan PRU,...

IPOH : Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU pada 8 Jun lalu tidak...

Sekolah Terbabit Banjir Tidak...

KUALA LUMPUR - Sekolah yang ditutup kerana banjir besar penghujung tahun lepas tidak...

MH122 Dilencongkan Ke Alice...

KUALA LUMPUR - Penerbangan MH122 Malaysia Airlines dari Sydney ke Kuala Lumpur dilencongkan...

Serangan DAP Semakin Hambar! – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Sokongan bukan Islam terutama kaum Cina kepada PAS semakin baik walaupun parti itu diserang hebat oleh parti komponen Pakatan Harapan terutama DAP.

Malah, Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sokongan rakyat bukan Islam termasuk korporat berbangsa Cina kepada PAS semakin kukuh.

“Bakaran panas DAP telah sampai ke kemuncaknya. Ia mula mereda. Semakin ramai datang kepada PAS walau masih dalam senyap menyatakan sokongan kepada PAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Mohamad Abduh turut memaklumkan PAS sokongan kaum Cina kepada PAS akan dibuat secara terbuka dan berani selepas ini.


DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan parti komponen Pakatan Harapan semakin ghairan menyerang PAS sejak kebelakangan ini.

Terbaru, DAP membuat tuntutan drastik dengan menggesa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memecat wakil rakyat PAS daripada kerajaan negeri. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori