Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Rayuan Bebaskan Prof...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini, hari ini membebaskan bekas timbalan naib canselor...

PAS Cadang Putus Hubungan...

BENTONG - Perpecahan dalam pakatan pembangkang termasuk cadangan PAS untuk memutuskan tahaluf siyasi...

Kos Rendah Untuk ECRL...

PRESIDEN MCA, Wee Ka Siong menyindir dakwaan Putrajaya bahawa ia mengurangkan kos selepas...

“Nak Jilat…”, Pelawak Popular...

Beberapa lari lalu, melalui laporan sebuah akhbar tempatan, seorang wanita mendedahkan perangai 'hidung...

Serangan Paris Berlaku Depan Mata

TIGA pelajar dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang mengambil bahagian dalam program pertukaran pelajar di Paris menyaksikan sendiri detik cemas ketika gelombang serangan terancang di Paris, Jumaat lalu.

Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh dalam insiden berdarah itu.

Pada hari kejadian, terdengar bunyi tembakan lalu mereka melihat orang ramai berlari untuk menyelamatkan diri dari bangunan yang mereka diami.

Seorang lelaki bersenjatakan AK-47 menyerbu ke dalam dewan Konsert Bataclan di timur Paris dan melepaskan beratus-ratus das tembakan.

Tiga daripada penyerang meletupkan jaket bunuh diri sebelum polis melancarkan serangan balas terhadap mereka. Penyerang keempat, mati terkena tembakan polis.

Salah satu letupan dilakukan oleh seorang pengebom berani mati di depan anggota polis. Presiden Francois Hollande menghadiri perlawanan di lokasi kejadian segera dipindahkan ke tempat selamat.


Empat penyerang terbunuh apabila polis menyerbu Bataclan, yang terletak hanya 200 meter dari bekas tapak pejabat majalah Charlie Hebdo yang disasarkan pada bulan Januari.

Dalam posting terbaru Facebook pada petang Sabtu, SMU mengesahkan bahawa kesemua 70 pelajar yang berada di bawah program pertukaran pelajar di pelbagai institusi di Perancis selamat.

Daripada 70 pelajar, 35 sedang menuntut di dalam atau berhampiran Paris.

-MYNEWSHUB.CC

parisattacks_01

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori