Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

GST Terhadap Insurans Untuk...

PETALING JAYA - Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan terhadap industri insurans akan memberi...

Kertas Siasatan LGE Dikemukakan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan terhadap Ketua Menteri...

“Saya Dan Randy Hanya...

PELAKON Nur Fazura menyifatkan gelaran 'girlfriend' yang digunakan oleh DJ dari Amerika Syarikat(AS)...

Oxford? Bukan! Ini Universiti...

MUNGKIN Ramai yang menyangka bahawa universiti tertua di dunia adalah universiti Harvard, Universiti...

Shasha ‘Steering Lock’ Dan Lelaki Langgar Keretanya Didakwa

LELAKI yang bergaduh dengan seorang wanita selepas merampas petak parkir keretanya, merakam pergaduhan tersebut dan menyebarkannya sehingga menjadi viral di media sosial, didakwa di Mahkamah Majistret pada rabu.

Kontraktor, Cheah Jeng Yeh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana membuat khianat hingga menyebabkan kerosakan kepada kereta Volvo milik Shasha Farina Mohd Shafie.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 28 Oktober di hadapan kedai nombor 43, Jalan SS15/5A, Subang Jaya pada pukul 7 pagi.

SEBELUM INI: Amukan ‘Shasha Steering Lock’ Jadi Viral

Bagaimanapun tertuduh tidak mengaku salah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000.

Majistret Salamah Salleh menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes itu.


Sementara itu, Shasha turut didakwa di mahkamah sama kerana melakukan kerosakan dengan mengetuk kereta Toyota Camry milik kontraktor terbabit menggunakan pengunci stereng.

181
Cheah (kiri) dan Shasha. – Foto The Star

Shasha bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.

Rakaman video bertajuk ‘Amukan Shasha Steering Lock’ menjadi viral sejak beberapa hari lalu, memaparkan seorang wanita memukul sebuah kereta Toyota Camry menggunakan pengunci stereng selepas pemandu kereta terbabit dikatakan melanggar keretanya dan menolak bapanya.

Shasha dilaporkan berkata, dia terpaksa bertindak seperti itu bagi mempertahankan keluarga dan hartanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori